Euforia Bola 2026
Percutian

Che Nom Diusir Dari Kafe Di Switzerland, Anak Dengan Sindrom Motor Tick Jadi Punca.. “Pemilik Kafe Ingat Dia Demam”

CHE NOM

Pencipta kandungan masakan terkenal, Che Nom, berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika bercuti di Switzerland apabila dia dan keluarganya diminta keluar dari sebuah kafe berhampiran stesen kereta api Lauterbrunnen.

Menurut perkongsiannya, mereka singgah di sebuah kafe kecil untuk berehat dan menikmati minuman panas. Ketika itu, anaknya yang mempunyai ASD tiba-tiba melakukan motor tick, iaitu bunyi batuk ringan yang merupakan tingkah laku normal bagi dirinya.

Baca juga: Tabiat Minum Susu Botol Sampai Tertidur Jadi Punca, Anak Kena Buang Semua Gigi Kerana Karies

CHE NOM KENA HALAU, ANAK ADA SINDROM MOTOR TICK

CHE NOM

Pemilik kafe itu kemudian datang dengan wajah serius dan terus menuduh mereka membawa virus sebelum meminta mereka beredar.

Walaupun Che Nom sudah menjelaskan bahawa itu hanyalah motor tick dan bukan simptom penyakit, pemilik berkenaan tetap bertegas supaya mereka keluar dari premis tersebut. Situasi itu turut menyebabkan anaknya berasa keliru kerana tidak memahami punca dia tiba-tiba diminta meninggalkan kafe.

“Kami singgah satu kafe kecil depan train station Lauterbrunnen. Ingat nak minum panas sambil rehat. Anak Che Nom, yang ada ASD, tiba-tiba buat motor tick—bunyi macam batuk ringan. Itu memang normal untuk dia,” ujarnya.

Che Nom dan keluarganya memilih untuk tidak memanjangkan keadaan dan beredar secara baik. Menariknya, dia pernah menerima mesej daripada seorang individu yang turut berkongsi pengalaman sama apabila pemilik kafe tersebut bertindak dengan cara serupa terhadap pelanggan lain.

CHE NOM

Dia mengakui Switzerland sememangnya sebuah negara yang indah, namun sikap masyarakat di sana kadang kala terlalu terus terang sehingga mencetuskan situasi yang tidak dijangka.

Walau berlaku insiden tersebut, Che Nom menegaskan bahawa apa yang penting adalah memastikan anaknya kekal tenang dan gembira sepanjang perjalanan, sebelum mereka meneruskan pencarian kafe lain yang lebih mesra pelanggan.

Buat anda yang tidak tahu, motor tick atau lebih tepat dikenali sebagai motor tics adalah pergerakan atau bunyi berulang yang dilakukan secara spontan oleh seseorang tanpa disedari.

Ia biasanya berlaku pada kanak-kanak dengan Autism Spectrum Disorder (ASD) atau individu yang mempunyai kondisi neurologi tertentu seperti Tourette Syndrome.

Baca juga: Makan Banyak Keropok Lekor Tepi Jalan Boleh Buat Anak Kurang Zat, Doktor Ini Jelaskan Risikonya

Sumber: Facebook Che Nom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×