Permohonan menduduki Peperiksaan Perkhidmatan Awam Tahun 2026 kini dibuka untuk semua penjawat awam yang layak.
Jika anda sedang menunggu sesi peperiksaan untuk kenaikan gred, pengesahan jawatan atau peperiksaan khas skim perkhidmatan, inilah masanya untuk buat permohonan sebelum tarikh tutup.
PERMOHONAN AMBIL PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2026 DIBUKA
Maklumat Peperiksaan Mengikut Kategori (Siri 1 Tahun 2026)
Berikut antara jenis peperiksaan dan ujian yang ditawarkan JPA bagi tahun 2026:
1. Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Peperiksaan Perkhidmatan dari Gred 11 hingga Gred 18
- Peperiksaan Perkhidmatan dari Gred 1 hingga Gred 4 dan setaraf
- Peperiksaan Perkhidmatan Gred 5 dan ke atas dan setaraf
- Ujian Pengambilan Nota / Nota Rintas 30 p.s.m. (Bahasa Melayu) bagi Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N1
- Ujian Pengambilan Nota / Nota Rintas 50 p.s.m. (Bahasa Melayu) bagi Setiausaha Pejabat Gred N5
2. Peningkatan Secara Lantikan (PSL)
- Peperiksaan khas untuk memasuki skim Penolong Pegawai Tadbir Gred N5
- Peperiksaan khas untuk memasuki skim Pegawai Tadbir Gred N9
3. Faedah Kewangan & Ujian Berkaitan
- Ujian Pengambilan Nota / Nota Rintas bagi Elaun Dwi Bahasa (EDB) untuk Setiausaha Pejabat dan Pembantu Setiausaha Pejabat
- Peperiksaan bagi Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS) untuk Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Baca juga: MyKad, Sijil Lahir & Dokumen Rosak Akibat Banjir? Jangan Panik, JPN Umum Penggantian Secara Percuma!
Tarikh tutup permohonan

Semua permohonan boleh dibuat melalui sistem rasmi e-PPA di pautan https://peperiksaan.jpa.gov.my/ .
Tarikh tutup permohonan adalah pada 4 Januari 2026. Calon digalakkan membuat permohonan awal bagi mengelakkan kesesakan pada tarikh akhir.
Baca juga: Berita Baik Untuk Mama! ‘Standby’ Tahun 2026 Ada Banyak Bantuan Untuk Anak Bawah 6 Tahun!
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam
FT Image: jannoon028

