Euforia Bola 2026
Percutian

Jangan Bercuti Di Hatyai Sampai Tahun Depan, Bandar ‘Lumpuh’ Akibat Banjir Besar

bercuti di hatyai

Rakyat Malaysia yang ingin menunaikan hasrat bercuti di Hatyai perlu mengambil sedikit masa, sebelum kembali beroperasi sepenuhnya selepas kejadian banjir besar yang melanda baru-baru ini.

Hatyai, yang merupakan antara bandar paling terkesan dalam bencana tersebut, kini dalam proses pemulihan menyeluruh melibatkan infrastruktur, perkhidmatan dan pusat tarikan pelancong.

Baca juga: “Tak Pernah Nampak Di Eropah!”- Pelancong Luar Kagum Airport Malaysia Bagi Payung Waktu Hujan

BERCUTI DI HATYAI PERLU DITANGGUHKAN SAMPAI TAHUN DEPAN

BERCUTI DI HATYAI

Presiden Persatuan Pelancongan dan Perdagangan Halal Thailand-ASEAN, Aida Oujeh, menjangkakan sektor pelancongan hanya akan pulih sepenuhnya menjelang akhir Januari tahun depan. Katanya, Hatyai mengalami penurunan ketara dalam jumlah pelancong akibat kerosakan luas pada pelbagai kemudahan asas yang lazimnya menjadi tumpuan pengunjung.

Beliau memaklumkan bahawa pendapatan industri pelancongan di bandar tersebut bagi bulan ini dijangka merosot sekitar 30 hingga 40 juta Thai Baht (RM3.9 juta hingga RM5.2 juta). Kejatuhan itu berpunca daripada gangguan operasi hotel, pusat beli-belah, restoran serta beberapa lokasi ikonik yang terpaksa menutup sementara untuk membaiki kerosakan.

“Sekarang ini, kerajaan Thailand sedang bekerja keras membersihkan kawasan terjejas. Banyak kawasan dipenuhi sisa banjir yang membentuk timbunan besar seakan ‘bukit’ runtuhan, dan kerja-kerja pembersihan masih giat dijalankan,” katanya.

Hatyai yang menjadi destinasi utama rakyat Malaysia terutama ketika cuti sekolah dan sambutan tahun baharu turut mengalami paras air mencecah sehingga 15 meter di beberapa kawasan. Keadaan itu menyebabkan kemusnahan teruk kepada hotel serta kediaman yang menempatkan pelancong.

bercuti di hatyai

Kredit imej: Harian Metro

Selain pembersihan, jelas beliau, pihak berkuasa tempatan turut melaksanakan langkah kawalan kesihatan awam bagi mencegah penularan penyakit selepas banjir. Tindakan itu termasuk sanitasi persekitaran serta pemantauan kesihatan komuniti walaupun belum ada laporan mengenai sebarang wabak besar setakat ini.

Mengenai nilai kerugian sebenar, Aida berkata proses penilaian masih dijalankan. Namun, anggaran awal menunjukkan kerosakan mencecah sekurang-kurangnya 100 juta Thai Baht (RM12.9 juta) melibatkan pelbagai kemudahan pelancongan dan harta benda.

Beliau menjelaskan bahawa banjir besar di Hatyai lazimnya berlaku setiap 10 tahun, namun bencana kali ini meninggalkan kesan yang jauh lebih besar. Katanya, walaupun kejadian tersebut mendatangkan kerugian, ia juga membawa hikmah apabila bandar itu dapat dibersihkan sepenuhnya daripada pelbagai sisa lama.

Aida turut berharap agar industri pelancongan Thailand dan Malaysia di kawasan berhampiran cepat kembali stabil. Beliau menyarankan pemain industri agar kekal tabah, tetap bersemangat dan memanfaatkan tempoh pemulihan ini untuk memperbaiki sistem operasi demi keselamatan serta keselesaan pelancong.

Baca juga: Kena ‘Kacau’ Di Campsite Ketika Period, Jam 12 Malam Ada Bau Hanyir Darah & Tangan Sakit!

Sumber: NADMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×