Euforia Bola 2026
Nur

Larangan Mainkan Audio Zikir & Selawat Semasa Bersenam, Tapi Boleh Buka Muzik Islamik Jenis INI

audio zikir

Audio zikir dan selawat sering menjadi pilihan ramai yang mahu menghadirkan aura rohani dalam aktiviti harian.

Namun, timbul persoalan apabila zikir dan selawat dijadikan muzik iringan ketika melakukan senaman aerobik yang melibatkan pergerakan pantas seperti melompat, shuffle kiri kanan atau tepuk tangan mengikut rentak.

Baca juga: Doktor Kongsi Senarai 16 Penyakit Yang Disarankan Solat Atas Kerusi, Walau Sakit Ibadah Tetap Jalan!

GUNA AUDIO ZIKIR & SELAWAT DALAM AKTIVITI KECERGASAN

audio zikir

Gambar hiasan: Jcomp

Perkara ini telah dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Khas Negeri Sembilan Bil.7/2021 pada 30 November 2021 bersamaan 25 Rabi’ al-Akhir 1443H oleh pihak berautoriti agama, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.

Hasil muzakarah memutuskan bahawa penggunaan audio zikir dan selawat dalam aktiviti kecergasan (senaman aerobik) adalah tidak dibenarkan.

Keputusan tersebut dibuat atas dua asas utama:

1. Zikir dan selawat ialah syiar agama Islam

Ia memiliki adab khusus dan suasana tertentu ketika dilafazkan atau didengarkan. Menjadikannya sebagai audio latar ketika tubuh ‘bekerja keras’ dalam pergerakan senam pantas dibimbangi tidak selari dengan adab memuliakan syiar.

2. Bagi mengelakkan fitnah dan kekeliruan awam

Perbuatan itu boleh menimbulkan tohmahan atau salah faham terhadap Islam dan institusi agama, seperti kekeliruan antara tujuan ibadah zikir dan tujuan kecergasan fizikal.

Baca juga: Wanita Kongsi Tip Tutup Aurat Semasa Buat Prosedur MRI, Tidaklah Rasa Segan Dengan Petugas

audio zikir

Penegasan sama tapi penuh santai turut disampaikan Bahagian Dakwah JAKIM di Facebook.

“Niat ingin sihat dan mengingati Allah itu baik, cuma cara melaksanakannya kurang tepat sedikit, khususnya apabila pergerakan senaman dilakukan mengikut beat audio yang cepat, sedangkan zikir menuntut rasa tunduk, hormat dan penghayatan,” tulisnya di  hantaran tersebut.

ALTERNATIF AUDIO DIBENARKAN DALAM SENAMAN AEROBIK

  1. Dibolehkan menggunakan qasidah atau lagu nasyid berunsur keagamaan dengan menjaga segala adabnya
  2. Menjaga segala adab sewaktu memainkan qasidah atau lagu nasyid berunsur keagamaan.

Baca juga: Ini Kelebihan Botol Wuduk Inovasi Untuk Muslim Moden, Orang Ramai Kena Ada 1 Bawa Dalam Beg!

Sumber: Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan / Bahagian Dakwah, Jakim

FT Image: Drazen Zigic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×