Euforia Bola 2026
Nur

Doktor Kongsi Senarai 16 Penyakit Yang Disarankan Solat Atas Kerusi, Walau Sakit Ibadah Tetap Jalan!

solat atas kerusi

Solat atas kerusi bukanlah sesuatu yang asing lagi, terutama dalam situasi apabila tubuh tidak mampu menyokong ibadah secara berdiri atau sujud di lantai.

Menurut Dr. Suhazeli Abdullah, seorang Pakar Perubatan Keluarga dari Malaysia, keringanan ini dibenarkan dalam keadaan tertentu, khususnya bagi individu yang mempunyai keuzuran atau kondisi perubatan yang boleh memudaratkan kesihatan jika solat dilakukan dalam posisi asal.

Baca juga: Wanita Kongsi Tip Tutup Aurat Semasa Buat Prosedur MRI, Tidaklah Rasa Segan Dengan Petugas

SENARAI PESAKIT DISARANKAN SOLAT ATAS KERUSI

 

solat atas kerusi

Gambar hiasan: Medical News Today

Beliau menegaskan bahawa dari sudut perubatan dan fiqh, kewajipan solat secara berdiri boleh digugurkan apabila seseorang mengalami ketidakupayaan fizikal, atau jika pergerakan rukuk dan sujud boleh melambatkan proses sembuh, menambah kesakitan, atau memburukkan penyakit.

Menurut panduan oleh Dr Suhazeli, berikut adalah kondisi perubatan yang biasanya melayakkan seseorang mendapat rukhsah solat atas kerusi:

1. Masalah Ortopedik (tulang, sendi & otot)

  • Osteoarthritis (OA) lutut tahap teruk: Kesakitan bone-on-bone menyukarkan duduk tahiyat atau sujud di lantai.
  • HIVD / Slipped Disc: Risiko himpitan saraf lebih teruk ketika membongkok, berisiko lumpuh atau sciatica.
  • Ankylosing Spondylitis: Tulang belakang jadi kaku (bamboo spine), sukar untuk rukuk & sujud.
  • Avascular Necrosis (AVN) pinggul: Berdiri atau sujud lama boleh mempercepat kerosakan tulang.
  • Gout serangan akut: Sendi bengkak, sensitif dan sakit walau disentuh ringan.

2. Masalah Neurologi (saraf & keseimbangan)

  • Vertigo (BPPV): Perubahan posisi kepala mendadak menyebabkan pening teruk, loya, dan risiko jatuh.
  • Parkinson tahap serius: Kekakuan (rigidity) dan hilang keseimbangan (postural instability) meningkatkan risiko tersungkur.
  • Stroke / lumpuh separuh badan: Kaki tidak kuat menampung berat badan, duduk lebih stabil dan selamat.

3. Masalah jantung & paru-paru

  • Lemah jantung (Congestive Heart Failure): Pergerakan turun-naik solat biasa menyebabkan cepat semput.
  • Postural Hypotension teruk: Tekanan darah drop ketika bangun dari sujud, berisiko pitam (blackout).
  • COPD / lelah teruk: Stamina rendah dan kekurangan oksigen jika terlalu memenatkan.

4. Keadaan selepas pembedahan (Post-Operative)

  • TKR / THR (penggantian sendi lutut / pinggul): Elak sendi lari (dislocation), jahitan terbuka, posisi sujud dilarang 6 minggu – 3 bulan.
  • Luka pembedahan perut: Tekanan pada perut semasa sujud boleh membuka jahitan.
  • Pembedahan mata: Sesetengah kes retina atau kanta mata dilarang menundukkan kepala kerana tekanan intra-ocular berubah.

5. Keadaan lain

  • Diabetic Foot Ulcer: Tekanan berat badan ketika berdiri melambatkan sembuh luka di tapak kaki.
  • Kehamilan berisiko (SPD): Sakit pada tulang pubik, sukar renggangkan kaki ketika rukuk dan sujud.

Baca juga: Ini Kelebihan Botol Wuduk Inovasi Untuk Muslim Moden, Orang Ramai Kena Ada 1 Bawa Dalam Beg!

solat atas kerusi

Gambar ilutrasi: Dr Suhazeli Abdullah

Rumusannya, solat duduk dibenarkan jika pesakit mengalami salah satu daripada tiga keadaan:

  1. Tidak mampu berdiri langsung.
  2. Mampu berdiri tetapi sakit yang amat sangat (bukan sekadar lenguh biasa).
  3. Mampu berdiri tetapi dilarang doktor kerana bimbang penyakit bertambah melarat atau melambatkan kesembuhan.

Nasihat:

Jika anda tidak pasti, sila rujuk doktor Muslim yang memahami fiqh perubatan untuk mendapatkan pengesahan sama ada keadaan anda membenarkan rukhsah (keringanan) ini.

Baca juga: Panduan Lengkap Solat Sunat Nikah Setelah Sah Jadi Suami Isteri, Pengantin Disarankan Buat Amalan Ini!

Sumber: Dr Suhazeli Abdullah

FT Image: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×