Euforia Bola 2026
Cantik

Urban Retreat Spa Rawatan Premium Tapi Mesra Poket, Berbaloi Cuba Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki!

urban retreat spa

Urban Retreat Spa masa kini semakin popular dalam kalangan pencinta rawatan spa di Malaysia. Di mana, Urban Retreat Spa pernah diiktiraf oleh World Luxury Spa Award, World Spa Award dan Harper’s Bazaar Spa Award untuk beberapa servis mereka. Betul layak dapat anugerah itu, sebab servis di sana memang terasa mewah, walaupun kita buat rawatan harian saja.

Penulis sendiri melaluinya, di mana telah pergi spa ini pada Selasa lalu kerana masalah rambut gugur dan tubuh pun sakit-sakit sebab lama menghadap laptop. Jadi, penulis bersama rakan ambil dua servis di Urban Retreat Spa dan ini pengalaman kami.

Baca juga: 9 Makanan Yang Buat Pipi Tembam & Dagu Berlapis, Cuba Henti Ambil Selama 21 Hari & Lihat Hasilnya!

REVIEW PENULIS RAWATAN DI URBAN RETREAT SPA

1. Hair Cream Bath + Body Massage selama 2 jam

urban retreat spa

Jujur cakap, ini rawatan paling penulis teruja nak cuba sebab memang suka hair treatment ala Thai. Rawatan cream bath di sini fokus untuk bagi nutrien semula pada rambut rosak, sambil ‘manjakan’ kulit kepala.

Berdasarkan pengalaman penulis, krim rawatannya sangat wangi. Bukan sekadar wangi biasa tapi wangi aromaterapi premium yang menenangkan. Terapis akan urut lembut kulit kepala masa krim disapu, rasanya sangat melegakan seperti hilang ‘batu’ di kepala penulis.

Lepas proses perapan dan basuhan, rambut penulis jadi sangat lembut, ringan, tak terasa berat dan tidak ada rasa gatal walaupun setiap hari bertudung. Sedangkan sebelum ini, setiap dua hari penulis selalu alami kegatalan rambut.

Selain itu, kelebihan yang penulis perasan ialah rambut jadi lebih lembap dan lembut, bantu kuatkan rambut rapuh, kulit kepala rasa lebih sihat dan segar. Malah, ada produk aromaterapi import berkualiti (sebahagiannya diambil dari Itali).

Paling mengejutkan, ketika artikel ini ditulis, rambut penulis yang telah menggunakan mask rambut aroma betik masih berbau wangi!

Jadi, pembaca Sirap Limau disarankan untuk datang ke Urban Retreat Spa dan rasai sendiri rawatan Hair Cream Bath ini, terutamanya jika anda mempunyai masalah seperti di bawah:

  • Rambut kering, mengembang atau kusam
  • Ada masalah rambut cepat putus
  • Kulit kepala sensitif, kering, atau berkelemumur
  • Penat mental dan perlukan relaksasi segera

Masa urutan badan pula, penulis langsung tak rasa kekok atau risau kerana terapis menggunakan selimut yang tebal dan menutup keseluruhan badan. Malah, diberi lapik dan tambah selimut lagi semasa proses rawatan dijalankan.

Dari segi khidmat pula, ahli terapi memang tip-top. Sepanjang sesi, beliau bertanyakan kekuatan tekanan urutan yang penulis selesa, semuanya demi memastikan pelanggan rasa selamat dan tidak terkejut dengan tekanan yang diberi.

2. Head, Neck, Shoulder & Foot Massage selama 90 minit

urban retreat spa

Rakan penulis pula melakukan rawatan urutan kepala, leher, bahu dan tapak kaki. Hal ini kerana, sakit badan paling terasa dekat bahagian tersebut disebabkan rutin yang sering menulis dalam keadaan duduk dan memakai kasut tumit tinggi.

Sebelum mula, ada ritual ‘foot wash’ dulu. Terapis cuci dan bilas kaki dengan air suam sambil urut ringkas sebagai pembuka rawatan yang menenangkan.

Urutannya fokus pada titik-titik tegang. Masa bahu diurut, rakan penulis rasa macam “Hmm, banyak rupanya stres yang kita simpan dekat sini.”

Selepas habis mengurut, bahu, leher dan kaki yang selalu tegang sebab duduk menulis lama jadi hilang lenguh, kepala pun rasa lebih lapang dan seluruh badan rasa macam hilang semua tension kerja yang bertindan dalam kepala.

Bagusnya di sini, semuanya dilakukan dalam bilik urut privasi khas untuk muslimah, jadi isu aurat atau rasa kurang selesa memang langsung tak timbul.

Bila keluar dari bilik rawatan, rakan penulis rasa macam bakal pengantin yang sedang dimanjakan sebelum kahwin, cuma versi yang penat menaip dan penat duduk lama tapi gembira sebab jumpa rawatan yang betul-betul kena dengan badan sendiri.

Jadi, jika pembaca bekerja di desk-job atau selalu lenguh badan, ini memang review-approved!

TAWARAN PROMOSI!

Selain rawatan di atas, sebenarnya ada banyak lagi rawatan yang pembaca Sirap Limau boleh cuba di Urban Retreat Spa. Antaranya, tawaran promosi yang sedang berlangsung kini untuk rawatan Tutti Frutti Hair Bath.

Berikut merupakan maklumat promosi yang sedang berjalan:

  • Hari: Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum)
  • Cawangan terlibat: KL East Mall
  • Tempoh rawatan: 60 minit
  • Harga promosi: RM169 (harga asal RM249)

Nanti, anda boleh tanya tentang nutrien gabungan yang digunakan dalam rawatan, kebiasaannya melibatkan prebiotik untuk kulit kepala sihat (untuk rambut dewasa pun tetap berkesan).

Baca juga: Malaysia Dalam Senarai 50 Negara Dengan Wanita Tercantik Dunia, Ini Ranking Penuh Yang Mengejutkan!

Urban Retreat Spa memang bagi pengalaman yang relaxing, mewah, calming, dan yang penting terasa kesannya, walaupun buat rawatan hanya satu jam saja.

Kalau anda nak spa yang mudah diakses, tak perlu fikir banyak, masuk terus duduk dan keluar rasa segar. Penulis memang recommend untuk cuba sendiri. Semoga review ini membantu anda!

Nak tahu lebih lanjut, layari laman web Urban Retreat Spa di https://urbanretreatspa.my/ .

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×