Euforia Bola 2026
Rakyat

Susah Nak Cari Pasar Malam ‘Area’ Rumah? Guna Cara Ini Untuk Semak Lokasi & Hari Operasi

LOKASI PASAR MALAM

Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial memuat naik pertanyaan mengenai lokasi pasar malam di sekitar beberapa kawasan di Lembah Klang.

Dalam ruangan komen, beberapa pengguna tampil membantu namun, satu jawapan menarik perhatian ramai kerana ia menyediakan kaedah paling mudah untuk menyemak pasar malam berhampiran tanpa perlu menunggu maklumat daripada orang lain.

Baca juga: Dah Habis Solat Baru Perasan ‘Kepala’ Sejadah Terbalik, Kena Ulang Semula Atau Sah?

CARI SENARAI LOKASI PASAR MALAM BERHAMPIRAN GUNA WEBSITE INI

LOKASI PASAR MALAM

Freepik

“Gais, boleh bagi info tak pasar malam sekitar Sri Gombak, Sri Rampai, Setapak, Melawati, Batu Caves dan sekitarnya? Terima kasih,” ujarnya.

Ada yang mencadangkan penggunaan sebuah laman web khusus yang membolehkan orang ramai mencari lokasi pasar malam berdasarkan negeri serta hari operasi. Platform tersebut menyenaraikan pelbagai lokasi pasar malam lengkap dengan hari operasi, alamat penuh, kawasan/mukim dan maklumat asas lokasi.

Menurut pengguna tersebut, kaedah ini jauh lebih cepat dan tepat kerana maklumatnya sentiasa dikemas kini serta merangkumi banyak kawasan dalam satu tempat.

Prosesnya juga sangat mudah dan mesra pengguna. Hanya beberapa langkah ringkas diperlukan:

1. Masuk ke laman web ini (lokasi pasar malam)

2. Bagi memudahkan pencarian, anda boleh pilih negeri yang ingin disemak, contoh: Selangor atau Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

3. Pilih hari, Isnin hingga Ahad.

4. Selepas itu, senarai pasar malam akan dipaparkan bersama alamat lengkap dan lokasi yang tepat.

LOKASI PASAR MALAM

Dengan cara ini, pengguna dapat mencari pasar malam terdekat mengikut masa lapang masing-masing. Tidak perlu lagi bertanya di media sosial atau menunggu balasan daripada orang lain.

Inisiatif seperti ini sangat membantu terutama penduduk kawasan bandar yang sibuk dan memerlukan maklumat pantas. Maklumat seperti ini bukan sahaja membantu individu bertanya, malah memudahkan komuniti setempat untuk mencari informasi.

Justeru, perkongsian pautan laman carian pasar malam ini dilihat sangat bermanfaat dan wajar disebarkan kepada lebih ramai orang. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kuku Panjang & Suka Cakar Muka Sampai Luka, Bayi Ini Disahkan HIV Berpunca Dari Pengasuh!

Sumber: Threads Piti.Pito

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×