Kota Madinah al-Munawwarah sering digambarkan sebagai tempat tenang dan mendamaikan. Ramai jemaah yang pernah berkunjung ke sana mengakui hadirnya satu rasa sukar diterangkan dengan kata-kata.
Para ulama menyebut bahawa rasa Madinah adalah suatu anugerah khusus kerana kota ini dipilih Allah SWT sebagai tempat dakwah, hijrah, kehidupan dan akhirnya pengkebumian Rasulullah SAW.
Baca juga: Majlis Graduasi Pelajar PPKI Ditemani Nenek Tersayang, “Comelnya… Momen Ini Buat Hati Cair!”
PERASAAN DI KOTA MADINAH BERBEZA DENGAN MEKKAH

Kredit: Islam Online
Lebih daripada itu, banyak hadis sahih menyebut kelebihan Madinah berbanding tempat lain di dunia. Tidak hairanlah mengapa sesiapa yang memasukinya akan merasakan ketenangan yang luar biasa.
Antara hadis paling jelas menggambarkan kelebihan Madinah ialah doa yang dipanjatkan oleh Baginda SAW:
اللَّهُمَّ اجْعَلْ بِالْمَدِينَةِ ضِعْفَي مَا جَعَلْتَ بِمَكَّةَ مِنَ الْبَرَكَةِ
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah pada Madinah dua kali ganda keberkatan sebagaimana Engkau jadikan keberkatan pada Makkah.” — Riwayat al-Bukhari
Doa ini menjadi dalil bahawa Madinah memiliki keberkatan yang unik yang Allah campakkan ke dalam hati sesiapa yang memasuki kota tersebut. Masjid Nabawi, Raudhah, Jannatul Baqi’ dan seluruh kawasan Madinah berada dalam lingkungan keberkatan ini.
Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjelaskan bahawa keberkatan Madinah bukan hanya pada sejarah atau bangunan semata-mata, tetapi pada rasa tenteram yang Allah berikan kepada hati-hati yang melangkah masuk ke kotanya.
Ulama tasawuf menggambarkan perbezaan Makkah dan Madinah dengan kata-kata yang sangat indah:
“Di Makkah, engkau berdiri sebagai hamba di hadapan Tuhan. Di Madinah, engkau duduk sebagai umat di sisi Rasul.”

Mekah adalah kota ibadah, tempat Al-Quran diturunkan dan lokasi pelaksanaan rukun-rukun haji. Ia melambangkan ketundukan, perjuangan dan pengorbanan.
Madinah pula adalah kota akhlak, kota perjuangan Rasulullah SAW bersama para sahabat dan tempat di mana kasih Baginda kepada umat terpancar melalui sirah.
Di Makkah, manusia berhadapan dengan ujian fizikal seperti tawaf dalam lautan manusia, panas terik, kesabaran ketika beribadah.
Di Madinah, manusia diberikan ruang untuk menenangkan rohani dengan beradab di sisi Rasulullah SAW, memperbaiki akhlak, memperbanyakkan selawat dan merasai kelembutan kota para sahabat. Ini dikenali sebagai tahdzib, iaitu proses melembutkan hati.
Bagi sesiapa yang pernah menjejakkan kaki ke kota suci itu, pasti ada rindu yang tinggal dan tidak pernah padam. Rindu itu adalah jemputan dari Allah agar hamba-Nya kembali.
Baca juga: Kajian Dedah 5 Genetik Ibu Akan Turun Dekat Anak, Patutlah Sikap Mak & Anak Macam ‘Kembar’
Sumber: Facebook Kamarudin Sohit
