Euforia Bola 2026
Famili

Viral Lagi! Pasangan Ustaz Shamsuri & Puan Rosnaida Timang Anak Ke-13, Netizen Kagum Rezeki Luar Biasa

anak ramai

Tahun lalu, kisah pasangan suami isteri Ustaz Shamsuri Shafie dan Puan Rosnaida Ismail pernah menjadi tumpuan apabila mereka yang sudah mempunyai anak ramai, menyambut kelahiran anak ke-12 .

Keluarga besar yang penuh ceria dan harmoni ini bukan sahaja mencuri perhatian, malah menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa yang kagum dengan ketabahan serta kesungguhan mereka mendidik zuriat.

Baca juga: “Takpe Ibu Jumpa Allah Banyak Kali”- Warga Maya Kongsi Gambar Anak Ganggu Solat, Ada Yang Jadi Ultraman!

PERNAH VIRAL ANAK RAMAI, USTAZ SHAMSURI SHAFIE DAN ISTERI SAMBUT LAGI KELAHIRAN BAYI KE-13!

anak ramai

Foto: Pernah viral tahun lepas kerana dikira sudah ada anak yang ramai.

Terbaharu, rezeki mereka sekali lagi mencurah-curah apabila pasangan ini dikurniakan anak ke-13, hanya beberapa hari lalu!  Perkhabaran manis itu dikongsikan oleh Pusat Perubatan An-Nisa’ menerusi sebuah video di TikTok yang memaklumkan proses kelahiran berjalan lancar, penuh syukur dan dipermudahkan.

Pihak hospital turut menitipkan ucapan penuh bermakna:

“Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Tahun lalu dikurniakan zuriat ke-12 dan hari ini bertambah lagi menjadi 13. Rezeki yang tidak ternilai. Semoga anakanda membesar sihat, menjadi anak soleh serta membawa kebahagiaan buat keluarga..”

“Masih Cantik Walau Ada 13 Anak” – Netizen Teruja & Tumpang Gembira

anak ramai

Momen indah ini sekali lagi mencetuskan kegembiraan buat warganet. Ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah, doa dan kata-kata semangat buat pasangan tersebut. Antara komen yang mencuri perhatian apabila mereka memuji isteri ustaz yang kelihatan sangat berseri walaupun sudah banyak kali melahirkan anak.

“Kita boleh tengok isteri dia glow and cantik walaupun ada anak ramai mesti suami jaga baik ni!”– netizen.

“Alhamdulillah, rezeki mereka..”– netizen.

“Akak ni tetap cantik walaupun ada ramai anak. Mesti suami jaga baik ni..”– netizen.

Ramai juga yang meluahkan rasa kagum melihat bagaimana pasangan ini mampu menguruskan keluarga besar dengan wajah sentiasa tenang dan bersyukur. Bagi mereka, setiap anak hadir membawa rezekinya yang tersendiri dan kisah keluarga ini menjadi bukti yang nyata.

Bagi Ustaz Shamsuri dan Puan Rosnaida, kehadiran setiap anak bukan sekadar pertambahan ahli keluarga, tetapi satu amanah yang dipenuhi dengan rasa kasih dan bahagia. Netizen juga mengakui bahawa pasangan ini umpama role model bagi keluarga besar yang hidup harmoni dan saling menyokong.

Semoga kedatangan cahaya mata ke-13 ini terus membawa keberkatan, kebahagiaan dan kemudahan rezeki buat keluarga besar ini. Moga anak-anak mereka membesar sebagai insan yang soleh dan solehah, menjadi penyejuk mata ibu bapa serta membawa kebaikan kepada masyarakat. Aaamin…

Baca juga: Ayah Meninggal Sebulan Sebelum Daftar, Pelajar Yatim Piatu Heret Bag Masuk UUM Sendirian Undang Air Mata..

Sumber: Tiktok Pusat Perubatan An-Nisa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×