Euforia Bola 2026
Kini Trending

‘Bawang Tu Hobi, Masa Depan Tu Priority’ – UNITAR Kupas Topik Yang Mengelirukan Tentang Sambung Belajar

Dalam masyarakat kita, hal pendidikan sering menjadi topik perbualan. Ada yang tertanya-tanya sama ada pembelajaran dalam talian benar-benar berkesan, ada yang merasakan institusi swasta membebankan dan ada pula yang menganggap sambung belajar pada usia tertentu sudah tidak relevan.

Pandangan-pandangan sebegini mudah tersebar, namun tidak semuanya tepat.

Sempena ulang tahun ke-35, UNITAR membawa naratif yang lebih jelas, terbuka dan berfakta. Sejak penubuhannya pada tahun 1991, UNITAR berpegang pada satu misi utama iaitu memastikan rakyat Malaysia mendapat akses pendidikan berkualiti tanpa halangan.

Selama tiga dekad, prinsip ini menjadi tunjang kepada segala usaha UNITAR dalam memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat.

UNITAR

Dengan kehadiran kampus di 12 negeri dan lebih 135,000 graduan daripada Universiti Antarabangsa UNITAR, Kolej Universiti UNITAR Kuala Lumpur (UUCKL) dan Kolej UNITAR, institusi ini telah memainkan peranan besar dalam membentuk tenaga kerja negara dan membantu pelajar dari pelbagai latar belakang mencapai potensi sebenar mereka.

Pelopor pembelajaran digital dan akses pendidikan yang lebih inklusif

Sejak awal, UNITAR melihat perubahan dunia pendidikan yang semakin bergerak ke arah digital. Sebagai universiti maya pertama di Asia Tenggara, UNITAR membuka ruang pembelajaran fleksibel jauh sebelum ia menjadi norma global.

Hari ini, pendekatan tersebut diperkasakan dengan integrasi kurikulum berasaskan AI dalam setiap program. Ini memastikan pelajar bukan sekadar menerima ilmu teori, tetapi turut dilengkapi kemahiran teknologi dan pemikiran penyelesaian masalah yang relevan untuk industri.

Sumber gambar: Freepik

Keberkesanan pendekatan ini dilihat melalui kadar kebolehpasaran graduan yang mencecah 98 peratus*, menunjukkan bahawa program UNITAR bukan hanya tertumpu kepada akademik, tetapi juga keperluan sebenar pasaran kerja. Pendidikan yang disampaikan bukan sahaja mengikuti zaman, tetapi berkembang seiring perubahan industri.

Mengubah mitos menjadi keyakinan: pendidikan untuk semua

Dalam budaya masyarakat, beberapa persepsi sering timbul mengenai pendidikan tinggi. Ada yang menganggap belajar di IPTS semestinya mahal, ada yang percaya belajar dalam talian kurang berkualiti dan ada yang bimbang peluang kerjaya tetap sukar walaupun mempunyai ijazah.

UNITAR tampil membetulkan tanggapan ini melalui fakta, sokongan pengalaman dan rekod pencapaian yang kukuh.

Mitos: Belajar di IPTS semestinya membebankan

Hakikatnya, misi UNITAR adalah memastikan pendidikan boleh dicapai oleh semua. Pelbagai bentuk bantuan ditawarkan, antaranya biasiswa, pembayaran fleksibel dan kemudahan PTPTN.

Bagi mereka yang layak, tawaran seperti biasiswa i-FUTURE sehingga 100 peratus membantu mengurangkan beban kewangan tanpa menjejaskan kualiti pembelajaran.

Mitos: Pembelajaran dalam talian tidak setara dengan pembelajaran fizikal

UNITAR bukan sekadar menyediakan kelas dalam talian, tetapi menawarkan ekosistem pembelajaran digital yang lengkap.

Dari pensyarah berpengalaman, sesi langsung, tugasan berkumpulan, hingga penggunaan platform interaktif, pembelajaran dalam talian direka supaya pelajar tetap mendapat pengalaman menyeluruh.

Ia bukan sekadar fleksibel, tetapi juga selaras dengan arah tuju dunia pendidikan dan pekerjaan masa kini.

Mitos: Graduan tidak terjamin masa depannya

Persepsi ini sering timbul akibat ketidakpadanan antara bidang pengajian dan keperluan industri. Di UNITAR, program disusun berdasarkan keperluan pasaran sebenar, menekankan kemahiran praktikal dan latihan berasaskan industri.

Sebab itulah graduan UNITAR mencatatkan kadar kebolehpasaran hampir penuh, sekali gus membuktikan bahawa pendidikan berkualiti memberi kelebihan kompetitif dalam kerjaya.

Mitos: Sambung belajar hanya untuk yang muda

UNITAR percaya bahawa setiap perjalanan pendidikan adalah unik. Ada yang bermula awal, ada yang kembali belajar selepas bekerja, malah ramai yang menyambung pengajian atas minat atau untuk menambah kemahiran baharu.

Dengan pilihan pembelajaran fleksibel, termasuk program jarak jauh dan jadual masa yang adaptif, UNITAR menyokong pelajar dari pelbagai peringkat usia.

Sempena 35 Tahun UNITAR: lebih banyak peluang dibuka untuk semua

Sempena 35 Tahun UNITAR, lebih banyak peluang pendidikan dibuka untuk rakyat Malaysia.

Selari dengan semangat Bangkit Bersama, UNITAR memperkenalkan inisiatif istimewa yang memberi akses lebih luas, fleksibel dan mampu milik kepada pelajar pelbagai latar belakang.

Program MBA pada kos RM12,000 ditawarkan kepada 50 calon pertama bagi pengambilan pelajar sesi Januari 2026, menekankan pembentangan, tugasan dan penyelesaian masalah sebenar tanpa peperiksaan akhir.

Mulai 2026, kelas dalam talian pada waktu pagi dan tengah hari diperkenalkan khusus untuk mereka yang lebih selesa belajar siang.

UNITAR juga menawarkan Biasiswa dengan Keputusan Percubaan SPM sehingga 100 peratus, serta pengecualian yuran 35 peratus untuk program Diploma dan Ijazah terpilih.

Dengan penawaran ini, UNITAR terus memastikan pendidikan berkualiti boleh diakses oleh semua.

Sertai Nationwide Open Day UNITAR

Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program, biasiswa serta promosi istimewa sempena sambutan 35 tahun UNITAR pada 13 Disember 2025 di Kampus UNITAR International University, Kelana Jaya atau di mana-mana kampus UNITAR di seluruh Malaysia.

Peluang terbaik untuk mendapatkan penjelasan terus daripada penasihat akademik dan tenaga pengajar.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman web rasmi UNITAR.

*MOHE Graduate Tracer Study 2024

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×