Dalam satu hantaran di laman Facebook milik Ustaz Wadi Annuar, beliau ada kongsikan beberapa doa dalam al-Quran yang pernah dilafazkan oleh para Nabi dalam kehidupan seharian.
Menurutnya, doa dalam al-Quran ini bukan sekadar lafaz, tetapi satu bentuk bimbingan yang membentuk hati dan jiwa yang bersih kepada Pencipta.
Baca juga: Pantang Viral Semua Serbu Walaupun Restoran TIADA Logo Halal, Ini Hukum Pelanggan Islam Makan
DOA DALAM AL-QURAN PERNAH DIBACA OLEH PARA NABI

Sebaik-baik doa adalah doa yang pernah dilafazkan oleh para Nabi, apatah lagi jika doa-doa tersebut termaktub di dalam al-Quran sudah pasti lebih cepat untuk dikabulkan sekiranya seseorang berdoa dengan doa-doa tersebut.
Doa dalam al-Quran:
1. Doa diberi kebaikan

Doa yang paling banyak dibaca oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Baca setiap kali kita berdoa, Nabi SAW selalu baca doa ini sepertimana yang diceritakan oleh Saidina Anas dalam hadis yang sahih.
2. Doa mohon keampunan

Doa Nabi Adam ketika meminta keampunan Allah selepas dikeluarkan daripada syurga. Baca doa ini dengan khusyuk setiap kali rasa bersalah dengan dosa-dosa yang pernah dilakukan.
3. Doa dapat keturunan soleh

Doa Nabi Ibrahim agar dikurniakan zuriat yang baik-baik. Baca setiap kali selepas solat, begitu juga ibu yang sedang hamil supaya dikurniakan anak-anak yang soleh.
4. Doa disembuhkan daripada penyakit

Doa Nabi Ayub Doa agar diberikan kesembuhan daripada penyakit yang menimpanya. Siapa-siapa yang ada apa-apa penyakit, baca dan ulang doa ini sebanyak mungkin.
5. Doa hilang gemuruh dan lancar bercakap

Doa Nabi Musa agar diberi percakapan yang fasih ketika bertemu Firaun. Boleh kalau nak baca ketika temu duga kerja.
6. Doa ketika memerlukan sesuatu

Doa Nabi Musa ketika baginda tidak mempunyai apa-apa, selepas keluar daripada kerajaan Firaun buat kali yang pertama. Boleh baca doa ini ketika mempunyai apa-apa keperluan dunia dan akhirat.
7. Doa kebaikan di tempat baru

Doa yang dibacakan oleh Nabi Nuh agar kapalnya berlabuh di tempat yang baik dan berkat selepas berlakunya banjir besar. Boleh baca doa ni kalau nak pindah rumah baru atau posting ke tempat baru.
8. Doa agar diri & anak tak tinggal solat

Doa yang dibaca oleh Nabi Ibrahim agar keturunannya menjadi orang yang menjaga solat. Baca doa ni setiap setiap kali lepas sembahyang, moga-moga anak-anak kita jadi orang yang menjaga solat mereka.
9. Doa dilepaskan kesusahan

Doa Nabi Yunus agar diselamatkan daripada kegelapan perut ikan Nun. Boleh baca bagi siapa-siapa yang ada masalah dan kesusahan.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar
