Euforia Bola 2026
Percutian

Nak Bercuti Dengan Bayi Lebih Tenang, Pastikan 5 Barang Ini Ada! Kalau Tak Memang Huru-Hara..

SENARAI BARANG

Bagi ibu yang mempunyai anak kecil dan ingin bercuti dengan tenang, berikut penulis kongsikan beberapa senarai barang perlu di bawa agar perjalanan lancar.

Percutian bersama bayi tanpa senarai barang lengkap, pastinya akan membuatkan si ibu ‘bertukar’ karakter kerana perlu membelinya setibanya di destinasi pilihan.

Baca juga: Lambai Tangan Terus Lepas! Polis Bongkar Taktik Lama Rakyat Malaysia, Masuk Thailand Tanpa Dokumen Sah

SENARAI BARANG WAJIB BAWA BILA BERCUTI DENGAN BAYI, JANGAN TERTINGGAL

SENARAI BARANG

Freepik

Percutian bersama bayi memerlukan persiapan rapi supaya perjalanan lebih selesa dan lancar. Berikut adalah 5 senarai barang wajib dibawa untuk memudahkan ibu bapa:

1. Pakaian dan lampin

Bawa beberapa set pakaian mengikut tempoh percutian dan keadaan cuaca. Pilih pakaian yang mudah ditukar dan selesa. Jangan lupa lampin pakai buang atau kain lampin yang cukup, termasuk beberapa keping tambahan untuk kecemasan, supaya bayi sentiasa bersih dan selesa.

2. Peralatan makan dan susu

Senarai barang perlu dibawa ketika bercuti bersama bayi adalah ibu perlu memastikan stok susu atau botol bayi mencukupi sepanjang perjalanan.

Jika ibu masih menyusukan bayi, bawa pam susu dan bekas penyimpanan. Sertakan juga alatan makan bayi seperti sudu, mangkuk dan cawan, terutamanya jika bayi sudah mula makan pejal.

3. Keperluan kebersihan dan kesihatan

Bawa tisu basah, krim ruam lampin dan losyen kulit untuk mengelakkan iritasi. Kit pertolongan cemas bayi seperti termometer dan ubat demam juga penting untuk menghadapi sebarang kecemasan sepanjang perjalanan.

senarai barang

Freepik

4. Keselesaan dan keselamatan

Kereta sorong atau stroller memudahkan pergerakan bayi, manakala car seat memastikan keselamatan semasa memandu. Sertakan juga mainan atau comforter untuk menenangkan bayi agar perjalanan lebih tenang dan kurang bosan.

5. Dokumen dan keperluan tambahan

Pastikan kad pengenalan atau sijil kelahiran bayi dibawa, terutamanya jika menginap di hotel atau melakukan perjalanan domestik. Bawa juga stok makanan atau susu tambahan untuk situasi di mana bekalan bayi sukar didapati.

Dengan persiapan yang lengkap dan tersusun, percutian bersama bayi bukan sahaja selesa tetapi juga menyeronokkan untuk semua ahli keluarga.

Baca juga: Kena ‘Kacau’ Di Campsite Ketika Period, Jam 12 Malam Ada Bau Hanyir Darah & Tangan Sakit!

Sumber: Baby Center

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×