Euforia Bola 2026
Nur

Teguran Lembut Tapi Menyentuh – Ustazah Asma’ Harun Bimbang Aurat Wanita Kian Diabaikan Di Hospital

ISU AURAT WANITA

Baru-baru ini, perkongsian Ustazah Asma’ Harun di media sosial menarik perhatian ramai apabila beliau menegur isu aurat wanita terdedah khususnya ketika berada di hospital.

Menurut Ustazah Asma, ramai wanita tanpa disedari atau sengaja mendedahkan aurat ketika mendapatkan rawatan, walaupun di persekitaran hospital yang mempunyai doktor dan staf lelaki keluar masuk.

Baca juga: Dari Baju Mahal Sampai Barang Rosak… Pengalaman Kemas Rumah Orang Meninggal Buat Ramai Muhasabah

USTAZAH ASMA’ TEGUR ISU AURAT WANITA TERDEDAH KETIKA DI HOSPITAL

ISU AURAT WANITA

Freepik

Situasi ini, katanya, menimbulkan rasa sedih dan prihatin kerana syarak menekankan bahawa aurat tetap wajib dijaga walaupun dalam keadaan sakit, kecuali bahagian yang benar-benar perlu dibuka untuk rawatan.

Ustazah Asma turut menekankan bahawa menjaga aurat bukan sahaja tanggungjawab terhadap Allah, tetapi juga langkah untuk melindungi diri dan maruah, walaupun ketika berada dalam situasi sukar seperti hospital.

“Sedih bila lihat… ramai wanita di hospital dedah aurat dengan sengaja atau tidak sengaja. Doktor dan staf lelaki keluar masuk, aurat terlihat begitu saja.

“Ya, syarak memberi rukhsah ketika darurat, tapi selain bahagian yang perlu dibuka, aurat tetap wajib dijaga. Jangan sampai saat diuji sakit di dunia, sakit itu sampai di Akhirat sana,” luahnya.

Tambahnya, keadaan ini juga berlaku di wad bersalin apabila sebahagian wanita terpaksa membuka tudung kerana panas, kain terangkat hingga menampakkan betis atau kaki, lengan tidak sempat ditutup atau pakaian belum sempat dibetulkan ketika doktor atau kakitangan lelaki keluar masuk.

ISU AURAT WANITA

Kredit: Freepik

Sebenarnya, keuzuran tidak menjadikan kita bebas mengambil ringan perkara ini. Islam sentiasa mendidik kita supaya menjaga maruah dan adab, bukan hanya di hadapan manusia, tetapi kerana Allah SWT.

Bagi lelaki, aurat adalah antara pusat dan lutut, manakala bagi wanita pula seluruh tubuh adalah aurat kecuali wajah dan tapak tangan.

Allah SWT berfirman:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka…” (Surah an-Nur : 31)

Baca juga: Pantang Viral Semua Serbu Walaupun Restoran TIADA Logo Halal, Ini Hukum Pelanggan Islam Makan

Sumber: Facebook Ustazah Asma Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×