Euforia Bola 2026
Inspirasi

CEO Watsons Dr Malina Ngai Diiktiraf Antara ‘Wanita Paling Berkuasa Asia 2025’, Hebat!

dr malina ngai

Tokoh korporat kelahiran Asia, Dr Malina Ngai, yang kini memegang jawatan Group CEO AS Watson, sekali lagi membanggakan dunia korporat apabila tersenarai sebagai Fortune’s Most Powerful Women in Asia 2025.

Lebih membanggakan, beliau berada di tangga keenam dan merupakan satu-satunya pemimpin industri runcit dalam kelompok 10 teratas!

Baca juga: Pembantu Setiausaha Pejabat UTM Graduan PhD Cetus Inspirasi Ramai..Bawa Gelaran ‘Dr’

Dr Malina Ngai Lambang Wanita ‘Berkuasa’, Kendali 17,000 Cawangan Watson Di 31 Negara!

dr malina ngai

Foto (Watson Malaysia): Khoon Fong Ang, CEO Fortune Asia (kanan), menyampaikan penghormatan Fortune’s The Most Powerful Women 2025 kepada Dr Malina Ngai, Group CEO AS Watson, sebagai pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang dan pengaruh besarnya dalam industri runcit.

Pengiktirafan itu diumumkan secara dalam talian awal November lalu, sebelum disampaikan secara rasmi pada majlis gilang-gemilang Fortune Innovation Forum Gala Dinner yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17 November.

Dalam sesi perkongsiannya yang bertajuk “The Science Behind a 185-Year Company”, Dr Malina mendedahkan bagaimana beliau menerajui AS Watson, rangkaian kesihatan dan kecantikan terbesar dunia.

“Tradisi beri akar, inovasi beri sayap”– Dr Malina kongsi rahsia kejayaan 185 tahun AS Watson.

AS Watson kini mengendalikan lebih 17,000 cawangan di 31 negara, manakala Watsons Malaysia sahaja sudah mempunyai lebih 750 cawangan dan berjaya berkhidmat kepada jutaan pelanggan setiap hari, baik secara fizikal mahupun dalam talian. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-15 Watsons Club, yang kini mempunyai lebih 8 juta ahli.

“Menerajui syarikat berusia 185 tahun adalah satu penghormatan dan cabaran. Warisan memberi kredibiliti, tetapi relevan itu yang memastikan kita terus hidup,” jelasnya.

Dengar suara pelanggan, sentuhan manusia & kekalkan DNA syarikat

dr malina ngai

Foto (Watson Malaysia)

Dr Malina menekankan bahawa kekuatan utama AS Watson ialah keupayaan untuk terus mendengar:

  • Suara pelanggan
  • Pandangan rakan sekerja
  • Kerjasama bersama rakan kongsi

Keputusan penting pula dibuat dengan gabungan akal dan hati, bukan sekadar angka semata-mata. Menurut beliau lagi, budaya kerja di AS Watson menjadi jambatan antara masa lalu dan masa depan.

“Kami melabur pada bakat dan kelincahan pasukan supaya mereka boleh beradaptasi tanpa hilang identiti syarikat,” katanya.

Menariknya, pengalaman Dr Malina sebagai atlet kompetitif turut membentuk cara kepimpinannya hari ini.

“Sukan ajar saya apa itu ketahanan sebenar, fokus, persediaan, tidak mudah putus asa. Itu semua takkan diajar dalam mana-mana sekolah perniagaan,” ujarnya.

Daripada padang ke bilik mesyuarat, beliau membawa nilai:

  • Fokus di bawah tekanan
  • Buat keputusan pantas
  • Pentingnya kerja berpasukan dan rasa percaya

Dalam era digital, Dr Malina menegaskan bahawa AS Watson bukan sekadar syarikat yang bergantung pada teknologi semata-mata.

“Kami adalah syarikat berkuasa teknologi yang mempunyai jiwa manusia,” katanya sambil menjelaskan bagaimana data dan AI digunakan untuk menyesuaikan tawaran kepada pelanggan, namun tetap mengekalkan hubungan yang mesra dan autentik.

Menutup perkongsiannya, Dr Malina berkata AS Watson akan terus menggabungkan warisan kaya syarikat dengan inovasi terkini agar kekal memberi nilai kepada pelanggan. Dengan kepimpinan yang berpaksikan empati, fokus dan inovasi, tidak hairanlah nama Dr Malina Ngai kini berdiri sebaris tokoh wanita paling berpengaruh di rantau Asia.

*Hebat dan tahniah!

Baca juga: Baru Habis Konvokesyen, Fresh Graduate ‘Berangan’ Gaji Permulaan Kerja Sekitar RM3000-RM5000

Sumber: AS Watson

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×