Euforia Bola 2026
Famili

Nota Ringkas Buat Pilot Ubah Segalanya, Wanita Ini Syukur Dapat Bertemu Arwah Ayah Sebelum Dikebumi

nota ringkas

Dalam situasi cemas dan fikiran yang berserabut, seorang wanita dikenali sebagai Ruzy Adila Idris nekad menulis nota ringkas kepada juruterbang pesawat Malaysia Airlines yang dinaikinya.

Tujuan nota ringkas itu diberikan adalah untuk meminta agar juruterbang membawa pesawat dengan lebih laju agar mereka dapat melihat arwah ayah buat kali terakhir.

Baca juga: Remaja 15 Tahun Hilang Sejak Ahad, Polis Mohon Bantuan Kesan Nur Danisha Amira

NOTA RINGKAS UNTUK PILOT, MINTA BAWA LAJU SEBAB AYAH MENINGGAL

NOTA RINGKAS

Menurut perkongsian di laman Facebook miliknya, rasa risau mula menyelubungi sebaik pesawat berlepas. Bimbang tiba lewat, dia memberanikan diri menulis sepucuk nota ringkas kepada juruterbang pesawat.

Nota itu diserahkan melalui pramugari, dengan harapan sekurang-kurangnya dapat memaklumkan keadaan sebenar mereka.

Tidak lama kemudian, pramugari kembali dengan pesanan yang tidak disangka-sangka. Juruterbang memaklumkan bahawa pihaknya  akan berusaha sebaik mungkin untuk mendarat lebih awal, sekurang-kurangnya 15 minit daripada jadual sebenar.

Reaksi itu sahaja sudah cukup membuatkan Ruzy dan anaknya tersentuh, lalu memanjatkan kesyukuran kerana dipertemukan dengan orang yang memahami situasi mereka.

Namun Allah mengatur lebih indah daripada jangkaan kerana pesawat akhirnya mendarat 20 minit lebih awal, bukan 15 minit seperti dijangka. Ruzy menyifatkan detik itu sebagai nikmat besar yang datang pada saat paling diperlukan, sekali gus membuka ruang untuknya berjumpa insan tersayang.

NOTA RINGKAS

“Kami dua beranak betul-betul memanjat kesyukuran pada Allah SWT kerana hadirkan kami orang yang baik. Perjalanan kali ini tak terasa lama, rasa sekejap kami dah sampai KLIA. Rupa-rupanya bukan awal 15 minit tapi 20 minit! Allahuakbar Terima kasih Allah,” tambahnya.

Bagi Ruzy, kebaikan kecil itu akan menjadi ingatan yang kekal selamanya. Peristiwa itu bukan sahaja memperlihatkan rasa tanggungjawab seorang juruterbang, tetapi juga sisi kemanusiaan yang sering lahir melalui perbuatan kecil yang tidak disedari impaknya.

“Alhamdulillah kami sampai tepat pada waktunya. Sempat jumpa papa buat kali terakhir sebelum kembali ke negeri abadi. Kenangan yang akan diingati sampai akhir hayat,” luahnya.

Baca juga: “Dia Yang Disiplinkan Seth & Didik Sepenuhnya..” – Shila Amzah Puji Ubai Pandai Jaga Anak Autism

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×