Euforia Bola 2026
Kini Trending

Kanak-Kanak Malaysia Terlalu Terdedah Bahaya Online — Regulasi Baharu Diperlukan

Dalam dunia yang serba digital hari ini, kanak-kanak bukan lagi sekadar “pengguna kecil”, mereka antara kelompok paling aktif dan paling awal menggunakan internet. Tapi di sebalik kemudahan teknologi, risiko yang menanti mereka juga semakin kompleks dan membimbangkan.

Menurut laporan, 91% kanak-kanak Malaysia berumur 13 hingga 17 tahun menggunakan internet setiap hari dan 70% daripadanya pernah terdedah kepada kandungan berbahaya.

Lebih menakutkan, dianggarkan lebih 100,000 kanak-kanak menjadi mangsa eksploitasi seksual dalam talian setiap tahun.

Hakikatnya, masalah ini bukan isu terpencil tetapi menjadi ancaman nasional yang memerlukan tindakan segera.

Alam Maya Semakin Berisiko – Kanak-kanak Jadi Mangsa Utama

Penggunaan media sosial, aplikasi pesanan serta platform kandungan yang berkembang pesat membuka ruang besar untuk interaksi digital. Tapi dalam masa yang sama, ia melahirkan pelbagai bentuk ancaman seperti:

  • Buli siber, gangguan dan doxxing

  • Kandungan berbahaya disebabkan algoritma (self-harm, kebencian, ekstremisme)

  • Eksploitasi seksual kanak-kanak & grooming

  • Penipuan, manipulasi identiti dan deepfake

  • Maklumat palsu dan kandungan tidak bersesuaian umur

Bahaya ini wujud bukan sebab teknologi semata-mata, tapi kerana ketiadaan regulasi keselamatan yang jelas dan boleh dikuatkuasakan.

Keselamatan Internet Bukan Lagi pilihan – Ia Tanggungjawab Semua

Untuk kurangkan risiko ini, semua pihak perlu memainkan peranan. Tanpa kerjasama bersama, kanak-kanak akan terus terdedah kepada bahaya yang kita sendiri tak nampak.

Pengawal selia: Mewujudkan undang-undang dan standard keselamatan yang tegas serta boleh dikuatkuasakan.

Platform digital: Mengesan dan mencega ancaman secara proaktif

 Ibu bapa, guru dan komuniti: Membina literasi digital, mengawasi penggunaan internet dan ambil tahu sebarang risiko terkini.

Pakar, masyarakat sivil & KOL: Membantu menjelaskan naratif sebenar dan membanteras salah faham.

Malaysia Kini Bergerak Ke Arah Ekosistem Digital Lebih Selamat

Melihat kepada risiko yang semakin meningkat, kerajaan kini melaksanakan pendekatan regulatori berfasa dengan fokus utama termasuk:

  • Tindakan proaktif terhadap eksploitasi seksual kanak-kanak, penipuan dan kandungan ekstrem

  • Verifikasi umur yang lebih ketat

  • Kawalan ibu bapa yang lebih efektif

  • Ketelusan terhadap bagaimana platform menyederhanakan kandungan

  • Mekanisme penyeliaan yang lebih jelas dan tersusun

Usaha ini selari dengan banyak negara lain yang dah lama ke depan dalam perlindungan pengguna digital.

Bagaimana Negara Lain Melindungi Pengguna Mereka?

United Kingdom

  • Undang-undang komprehensif dipantau Ofcom

  • Platform diwajibkan patuh standard keselamatan kanak-kanak & tangani kandungan haram

Australia

  • Kod industri wajib patuh & verifikasi umur

  • Pesuruhjaya eSafety mengetuai penguatkuasaan

Singapura

  • Pendekatan pelbagai agensi

  • Tindakan berdasarkan penilaian risiko terhadap kandungan berbahaya

Vietnam

  • Peraturan ketat terhadap gangguan, doxxing & kandungan memudaratkan

  • Fokus kepada pemantauan berpusat

Filipina

  • Pengesahan ID atau nombor telefon diwajibkan

  • Garis masa tegas untuk penurunan kandungan berbahaya

Semua ini menunjukkan satu perkara: standard keselamatan bukan lagi pilihan — ia satu keperluan.

Regulasi Ketat Diperlukan & Ia Tidak Boleh Ditangguhkan Lagi

Kerangka kawal selia yang jelas dan tegas diperlukan melindungi kanak-kanak, hentikan eksploitasi, cegah kandungan berbahaya, jadikan media sosial lebih selamat dan memastikan platform bertanggungjawab.

Alam maya sentiasa berubah dan risiko akan terus meningkat. Yang penting, kita tidak boleh biarkan kanak-kanak menjadi mangsa sebelum peraturan yang sepatutnya wujud.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×