Morning sickness atau mabuk mengandung ialah antara cabaran paling biasa dialami oleh ibu hamil, terutama pada trimester pertama seperti loya ringan. Selain mendapatkan rawatan dan rehat yang mencukupi, ada doa ibu hamil yang boleh diamalkan bagi memohon kekuatan.
Berikut ialah kompilasi doa-doa yang sering diamalkan untuk mengurangkan rasa mabuk dan ketidakselesaan semasa hamil ini.
DOA IBU HAMIL UNTUK HILANGKAN RASA ‘MORNING SICKNESS’, MEMANG MUJARAB!

Foto hiasan.
1. Membaca Surah Al-Fatihah
Surah Al-Fatihah merupakan ummul kitab dan antara surah yang sangat dianjurkan dibaca dalam apa jua keadaan, termasuk ketika mengalami loya atau tidak selesa.
Teks Surah:
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِاَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِیْنَ(1) الرَّحْمٰنِ الرَّحِیْمِ(2) مٰلِكِ یَوْمِ الدِّیْنِﭤ(3) اِیَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِیَّاكَ نَسْتَعِیْنُﭤ(4) اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِیْمَ(5) صِرَاطَ الَّذِیْنَ اَنْعَمْتَ عَلَیْهِمْ ﴰ غَیْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَیْهِمْ وَ لَا الضَّآلِّیْنَ(7)
Maksud: “Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (1). Segala puji hanya bagi Allah, tuhan sekalian alam (2). Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang (4).
Yang menguasai pemerintahan hari pembalasan (hari akhirat) (4). Engkaulah sahaja yang kami sembah dan kepada engkaulah sahaja kami memohon pertolongan (5).
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus (6). Iaitu jalan orang yang engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang engkau telah murkai dan bukan pula jalan orang yang sesat (7).”
*Membaca Al-Fatihah dapat memberikan ketenangan, melapangkan hati dan memudahkan segala urusan ibu hamil.
2. Membaca Dua Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah
Dua ayat terakhir surah Al-Baqarah (ayat 285–286) sangat terkenal sebagai ayat pelindung, penenang jiwa serta pemudah segala urusan.
Teks Ayat:
اٰمَنَ الرَّسُوْلُ بِمَاۤ اُنْزِلَ اِلَیْهِ مِنْ رَّبِّهٖ وَ الْمُؤْمِنُوْنَؕ-كُلٌّ اٰمَنَ بِاللّٰهِ وَ مَلٰٓىٕكَتِهٖ وَ كُتُبِهٖ وَ رُسُلِهٖ۫-لَا نُفَرِّقُ بَیْنَ اَحَدٍ مِّنْ رُّسُلِهٖ۫-وَ قَالُوْا سَمِعْنَا وَ اَطَعْنَا ﱪ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَ اِلَیْكَ الْمَصِیْرُ(285) لَا یُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَاؕ-لَهَا مَا كَسَبَتْ وَ عَلَیْهَا مَا اكْتَسَبَتْؕ-رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَاۤ اِنْ نَّسِیْنَاۤ اَوْ اَخْطَاْنَاۚ-رَبَّنَا وَ لَا تَحْمِلْ عَلَیْنَاۤ اِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهٗ عَلَى الَّذِیْنَ مِنْ قَبْلِنَاۚ-رَبَّنَا وَ لَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖۚ-وَ اعْفُ عَنَّاٙ-وَ اغْفِرْ لَنَاٙ-وَ ارْحَمْنَاٙ-اَنْتَ مَوْلٰىنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكٰفِرِیْنَ(286)
Maksud:
“Rasulullah telah beriman terhadap apa yang diturunkan kepadanya daripada Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman. Semuanya beriman kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan Rasul-rasul-Nya.
(Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain daripada kalangan rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.
Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami!
Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami.
Engkaulah Penolong kami. Oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.”
*Ayat ini juga mengingatkan kita bahawa Allah tidak membebankan hamba-Nya melainkan dengan sesuatu yang mampu ditanggung sangat sesuai untuk membina kekuatan emosi ibu hamil.
3. Membaca Surah Al-Insyirah
Surah ini membawa mesej besar bahawa setiap kesusahan pasti disertai kemudahan. Ia memberi semangat dan ketenangan terutama ketika ibu hamil berasa lemah akibat mabuk mengandung.
Teks Surah:
(5) اَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَۙ (1) وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَۙ (2) الَّذِيْٓ اَنْقَضَ ظَهْرَكَۙ (3) وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَۗ (4) فَاِنَّمَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۙ اِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًاۗ(6) فَاِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْۙ(7) وَاِلٰى رَبِّكَ فَارْغَبْ ࣖ(8)
Maksud:
“Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Dan Kami telah meninggikan bagimu:
Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).”
*Ayat ini mengingatkan bahawa fasa mencabar seperti morning sickness pasti akan berlalu dengan pertolongan Allah.
4. Membaca Ayat Kursi
Ayat Kursi sangat masyhur sebagai ayat perlindungan. Ia boleh diamalkan untuk menenangkan hati, menolak rasa tidak selesa serta memohon kekuatan sepanjang kehamilan.
Teks Ayat:
اَللّٰهُ لَاۤ اِلٰهَ اِلَّا هُوَۚ-اَلْحَیُّ الْقَیُّوْمُ ﳛ لَا تَاْخُذُهٗ سِنَةٌ وَّ لَا نَوْمٌؕ-لَهٗ مَا فِی السَّمٰوٰتِ وَ مَا فِی الْاَرْضِؕ-مَنْ ذَا الَّذِیْ یَشْفَعُ عِنْدَهٗۤ اِلَّا بِاِذْنِهٖؕ-یَعْلَمُ مَا بَیْنَ اَیْدِیْهِمْ وَ مَا خَلْفَهُمْۚ-وَ لَا یُحِیْطُوْنَ بِشَیْءٍ مِّنْ عِلْمِهٖۤ اِلَّا بِمَا شَآءَۚ-وَسِعَ كُرْسِیُّهُ السَّمٰوٰتِ وَ الْاَرْضَۚ-وَ لَا یَـٴُـوْدُهٗ حِفْظُهُمَاۚ-وَ هُوَ الْعَلِیُّ الْعَظِیْمُ(255)
Maksud:
“Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).”
5. Doa Selepas Solat untuk Ibu Hamil & Janin
Selain ayat-ayat tadi, ibu hamil juga disarankan membaca doa khusus untuk memohon perlindungan dan kesihatan buat bayi dalam kandungan.
*Doa Agar Janin Dikuatkan
Bismillahilladziilaailaaha illaa huwal haliimul kariimu rabbil ‘arsyil ‘adzimhiim…
Maksud: “Dengan nama Allah yang tidak ada Tuhan selain Engkau, Yang Maha Penyabar, Maha Mulia, Tuhan yang Agung…”
*Doa Agar Janin Dikurniakan Kesihatan
Allahummah fazh waladii…
Maksud: “Ya Robb, aku memohon kepada-Mu untuk selalu melindungi bayi dalam kandunganku ini…”

*Setiap kehamilan datang dengan cabaran yang berbeza, dan doa merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah serta mencari ketenangan. Amalan ini boleh diamalkan pada bila-bila masa seperti selepas solat, ketika berehat atau ketika rasa loya datang.
Semoga doa-doa ini menjadi penguat semangat untuk semua ibu hamil, dan semoga Allah mempermudah setiap langkah anda sepanjang kehamilan.
Baca juga: Petua Viral Minum Milo + Mentega Terus Bukaan 3cm, Ibu Kongsi Pengalaman Bersalin Mudah & Tak Sakit
Sumber: Taqwa
