Cendawan enoki sering menjadi pilihan dalam masakan tetapi ramai tidak sedar bahawa bahagian akarnya yang biasa dibuang sebenarnya boleh ditanam semula.
Lebih menarik, hasil tanaman cendawan enoki akan diperoleh dalam masa 3 hingga 5 hari sahaja. Tak percaya? Anda kena cuba sendiri di rumah!
Baca juga: Orang Kata 7 Pokok Bunga Ini Ada ‘Penunggu’, Tapi Ramai Yang Guna Untuk Deko!
CARA TANAM CENDAWAN ENOKI, 3-5 HARI DAH DAPAT HASIL

Freepik
Berikut adalah panduan mudah:
1. Langkah pertama adalah dengan memotong bahagian hujung cendawan, yang mengandungi akar. Jangan buang bahagian ini kerana akan digunakan.
2. Setelah itu, sediakan bekas atau mangkuk bersih dan masukkan beberapa helai tisu sebagai lapisan dasar. Tisu ini berfungsi sebagai medium lembap yang menyokong akar cendawan untuk mula bercambah.
3. Tambahkan sedikit baking soda ke dalam bekas, diikuti dengan air secukupnya. Baking soda membantu menyeimbangkan pH dan mencegah pertumbuhan kulat atau bakteria yang tidak diingini.

4. Setelah penyediaan medium selesai, masukkan akar cendawan ke dalam bekas tadi. Pastikan akar terendam sebahagian sahaja dan tidak dibiarkan terlalu lama terendam dalam air, bagi mengelakkan reput.
5. Kemudian, tutup bekas dengan plastik hitam. Suasana gelap dan lembap akan merangsang akar cendawan untuk mula menumbuhkan pucuk baru.
6. Dalam tempoh 3 hingga 5 hari, pucuk-pucuk halus mula muncul, menandakan proses penanaman berjaya. Dengan teknik yang mudah ini, cendawan enoki dapat dikitar semula, memberikan hasil yang baru tanpa perlu membeli daripada kedai.
Menanam cendawan di rumah bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga memberikan kepuasan kerana kita dapat melihat sendiri hasilnya.
Selamat mencuba!
Baca juga: Rumah Kekal Wangi & Tak Bau Hapak, Potong Daun Pandan Macam Ini Baru Semerbak!
Sumber: Instagram
