Euforia Bola 2026
Percutian

Jalan Simpang Pulai Ke Cameron Highlands Risiko Tanah Runtuh, Hati-Hati Bila Pergi Bercuti!

JALAN SIMPANG PULAI

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, antara laluan yang dikenal pasti berisiko tanah runtuh adalah dari Gerik ke Jeli dan dari jalan Simpang Pulai menuju ke Blue Valley di Cameron Highlands.

Baca juga: Isteri Tekad Terjun Dari Kereta Sedang Bergerak, Takut Dipukul Suami Kerana Bergaduh!

JALAN SIMPANG PULAI – BLUE VALLEY CAMERON HIGHLANDS RISIKO TANAH RUNTUH

JALAN SIMPANG PULAI

Beliau menambah, Jabatan Kerja Raya (JKR) bersama syarikat konsesi berkaitan akan meningkatkan pemantauan serta penyelenggaraan di kawasan tersebut sepanjang tempoh tiga bulan Monsun Timur Laut bagi mengurangkan risiko tanah runtuh.

“JKR bersama-sama dengan syarikat konsesi terpilih akan memberikan perhatian sepanjang MTL supaya tidak ada tanda-tanda yang menyebabkan akan roboh kalau berlaku rebak yang besar. Jadi, mereka tambah pemantauan dalam musim MTL sendiri,” katanya.

Sementara itu, Zamri turut menjelaskan beberapa kawasan di negeri ini kerap dilanda banjir kilat semasa musim Monsun Timur Laut, termasuk daerah Muallim, Kerian, Kinta dan Manjung.

Beliau berkata, banjir kilat biasanya berlaku apabila hujan lebat berterusan digabungkan dengan paras air laut yang meningkat.

“Keadaan itu menyebabkan air termenung di jalan-jalan yang menjadi tumpuan sekali gus memaksa penutupan sementara laluan berkenaan bagi keselamatan pengguna jalan raya.

“Namun, kebiasaannya penutupan jalan hanya dilaksanakan beberapa jam atau paling lama dua hari apabila air sudah surut,” ujarnya.

Media sebelum ini ada melaporkan Musim Monsun Timur Laut (MTL) 2025–2026 dijangka akan bermula tidak lama lagi, dengan ramalan antara lima hingga tujuh episod hujan lebat berterusan yang bakal melanda.

Baca juga: Bahan Kimia Dalam Pewarna & Pelurus Rambut Tingkatkan Risiko Kanser Payudara Sehingga 60%

Sumber: Malaysia Gazette

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×