Masalah kelemumur boleh jadi sangat mengganggu, terutamanya bila gatal tak berhenti walaupun dah cuba pelbagai syampu. Baru-baru ini, Safura Zakaria berkongsi pengalamannya di Facebook mengenai satu syampu viral yang didakwa sangat berkesan untuk kelemumur yang degil.
FARMASI SARANKAN SYAMPU INI UNTUK MASALAH KELEMUMUR TERUK

Gambar Safura Zakaria.
Menurut Safura, dia pergi ke Watsons untuk membeli syampu tersebut, tetapi rupanya syampu ini hanya boleh diberikan oleh ahli farmasi, dan pembeli perlu mendaftar maklumat peribadi terlebih dahulu.
Ia bukan seperti syampu biasa yang boleh diambil dari rak dan bayar terus.
Selain syampu, ahli farmasi turut akan memberi pil untuk mengurangkan rasa gatal di kulit kepala. Syampu ini disarankan untuk masalah kelemumur yang lebih sebulan atau kelemumur yang tidak hilang walaupun menggunakan syampu biasa.
Satu peraturan penting semasa menggunakan syampu ini ialah tidak boleh pakai syampu lain selama sebulan. Syampu hanya digunakan dua kali seminggu dalam tempoh tersebut.
Menariknya, syampu ini juga disyorkan oleh doktor untuk masalah kulit kepala, bukan sekadar kelemumur biasa.
Baca juga: Jangan Sedih Bila Rambut Gugur Macam Hujan Lebat, Ikut Petua Ini ‘Confirm’ Tersenyum Semula!
Reaksi warga maya yang pernah menggunakan syampu ini juga positif:
“Dulu saya ada psoriasis sampai tahap terpaksa cukur kepala untuk redakan gatal. Lepas jumpa pakar kulit baru guna syampu ini. Dah bertahun guna. Sekarang guna selang seli. Kalau kepala gatal sangat-sangat, baru saya guna Pristine ini. Memang berkesan hilangkan kelemumur. Psoriasis pun Alhamdulillah dah hilang.”
Seorang lagi pengguna berkongsi:
“Sama, saya pun pakai syampu ini beli di farmasi, tapi pakai dua minggu sekali sahaja sebab nak elak naik balik saja.”
Safura menekankan bahawa bagi yang menghadapi kelemumur berpanjangan dan tidak berkesan dengan syampu biasa, syampu ini boleh dicuba.
Walaupun perlu melalui proses pendaftaran dan nasihat ahli farmasi, keberkesanannya menjadikan ia pilihan yang berbaloi untuk kulit kepala lebih sihat dan bebas kelemumur.
Sumber: Safura Zakaria
FT Image: Safura Zakaria / Freepik
