Euforia Bola 2026
Sihat

KKM Pertimbang Ambil Jururawat Luar Negara, Bantu Kekurangan Tenaga Kerja Hospital Awam

jururawat luar negara

Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia menimbangkan pengambilan jururawat luar negara sekiranya terdapat permintaan, terutama bagi menampung kekurangan tenaga kerja yang semakin ketara di hospital awam.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, langkah itu bagaimanapun perlu melalui penelitian rapi, termasuk dari segi tahap kemahiran, kecekapan klinikal serta aspek keselamatan sebelum jururawat luar dibenarkan berkhidmat di negara ini.

Baca juga: Wanita Masuk ICU Lepas Makan Anggur Shine Muscat… Terus Alami Sakit Kepala, Batuk & Badan Lemah

KKM CADANG AMBIL JURURAWAT LUAR NEGARA UNTUK TAMPUNG KERJA

JURURAWAT LUAR NEGARA

“Isu kekurangan jururawat ini memang menjadi perhatian serius kami. Berdasarkan data terkini, terdapat sekitar 8,000 jururawat di seluruh negara, dan saya sedar jumlah ini masih belum mencukupi.

Bagi melahirkan jururawat baharu juga memerlukan masa, contohnya dua tahun bagi program diploma kejururawatan. Justeru, perlu ada langkah segera untuk mengurangkan jurang tenaga kerja sedia ada,” jelasnya.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan daripada Jimmy Puah Wee Tse (PH–Tebrau) yang ingin mengetahui sama ada KKM bersedia mengambil jururawat dari luar negara, khususnya Indonesia, bagi mengisi kekosongan di hospital kerajaan.

Menurut Dzulkefly, sehingga kini KKM belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana negeri berhubung cadangan tersebut.

“KKM terbuka terhadap sebarang inisiatif untuk membawa masuk jururawat dari luar negara, dengan syarat mereka memenuhi piawaian profesional yang ditetapkan.

JURURAWAT LUAR NEGARA

Freepik

“Antara yang akan diteliti ialah kemahiran klinikal, kecekapan, keselamatan pesakit, serta kesesuaian dari segi budaya dan bahasa. Sekiranya terdapat permohonan rasmi, kami akan meneliti dan menimbangnya dengan segera,” jelasnya.

Terdahulu, pada Ogos lalu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, mencadangkan kerjasama dengan Indonesia sebagai salah satu alternatif bagi menangani isu kekurangan jururawat di negeri itu.

Namun, beliau menegaskan bahawa prosedur operasi standard (SOP) yang jelas perlu diwujudkan sebelum pelaksanaan pengambilan tenaga kerja asing dalam sektor kesihatan dapat dijalankan.

Baca juga: Suami Hampir Diserang Sakit Jantung Kerana Vape & Minuman Tenaga, Wanita Kongsi Pengalaman Cemas

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×