Ramai antara kita yang ingin kurangkan barang di rumah, tapi sering rasa buntu tak tahu nak mula dari mana. Kadang semangat ada, tapi bila tengok almari penuh, terus rasa hilang tenaga!
Perkongsian daripada Lynd Abu Bakar di Facebook ini boleh dijadikan panduan mudah dan realistik untuk mula proses decluttering tanpa stres. Lynd tekankan bahawa semuanya perlu dibuat perlahan-lahan dan konsisten, bukan dalam satu hari.
PANDUAN KURANGKAN BARANG RUMAH

Gambar hiasan penulis.
Berikut ialah 3 langkah utama yang dikongsikan Lynd untuk bantu kita ‘ringankan’ rumah dan fikiran:
STEP 1: Mula ikut almari / individu
- Jangan terus selongkar semua almari serentak, nanti tak sempat siap, semangat pun hilang
- Mulakan dengan baju sendiri dalam satu zon (contohnya dalam almari atau kotak tertentu)
- Kalau ada ramai anak, buat seorang demi seorang
- Bagi yang bekerja, boleh peruntukkan masa 1 minggu untuk 1 zon / 1 individu
- Buat perlahan-lahan, tak perlu siap semua dalam masa 1 hari
STEP 2: Asingkan Barang Ikut Kategori
Bahagikan pakaian atau barang kepada empat kategori berikut:
A. Pakai sekurang-kurangnya 1 kali dalam 1 bulan.
B. Mungkin nak pakai (contohnya untuk acara khas atau “nanti kurus nak pakai”).
C. Nak beri kepada orang lain.
D. Lusuh / buang (dispose).
Hakikatnya hanya ada dua kategori utama iaitu simpan atau buang. Tapi untuk pemula, jangan terlalu ekstrem. Ambil masa.
Tip tambahan Lynd:
- Untuk kategori (B), asingkan dalam kotak dan tulis tarikh – setiap 3, 6 atau 12 bulan, semak semula sama ada masih perlu disimpan atau boleh dibuang
- Kalau baju kategori “nanti kurus nak pakai” dah berusia lebih 6 tahun, buang saja – simpan 1 hingga 2 helai sahaja sebagai pembakar semangat
- Untuk kategori (C) dan (D), pastikan barang keluar dari rumah dalam masa 24 jam! – kalau tidak, nanti barang itu “tersadai” dan jadi hantu baju dalam rumah

Gambar hiasan penulis.
STEP 3: rasai nikmat ruang lebih lapang
- Bila almari dah lapang, jangan pula tambah baju baru.
- Amalkan “1 in 1 out rule”, setiap kali beli satu baju baru, pastikan ada satu yang keluar.
- Ingat, zaman online ni memang mencabar. Baju murah-murah sentiasa di hujung jari.
Lynd yang sempat bergurau, katanya:
“Baju yang tukang taip ni pun dekat rak tu 50% je yang pakai. Yang lain berstatus salah saiz bila beli online atau sayang nak buang sebab takut kesian tengok rak kosong.”
Kesimpulannya, kurangkan barang bukan sekadar untuk nampak rumah kemas, tapi untuk ringankan beban dan lapangkan fikiran. Sedikit demi sedikit, bila ruang makin lapang, hati pun akan rasa lebih tenang.
Baca juga: Tiap Malam Bulu Roma Selalu Meremang, Rupanya Simpan 9 Barang Ini Yang Dikatakan Ada Penunggu!
Sumber: Lynd Abu Bakar
FT Image: penulis
