Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Tergamam Anak Ada ‘Simpanan Rahsia’, Dalam Beg Sekolah Padat Dengan Wang Tunai RM767!

wang tunai

Baru-baru ini, seorang ibu tidak menyangka akan menemui wang tunai dalam jumlah besar di dalam beg sekolah anaknya. Lebih mengejutkan, jumlah itu bukanlah sedikit!

Ia mencecah RM767. Di mana, semuanya disimpan rapi dalam poket sisi beg sekolah anak lelaki berusia 13 tahun itu.

Baca juga: Tular Bapa ‘Serang’ Penduduk Tegur Anaknya Tunggang Motosikal Secara Berbahaya, “Motor Dia, Dia Punya Pasal Lah!”

ANAK BAWA SEJUMLAH WANG TUNAI BESAR KE SEKOLAH

wang tunai

Instagram Jeannie Soo

Rupa-rupanya, remaja berkenaan yang kini di Tingkatan 1 telah menyimpan duit belanja sekolah sebanyak RM15 sehari tanpa memberitahu ibunya.

Melalui akaun Instagram miliknya, wanita bernama Jeannie Soo berkongsi kisah tersebut dan bagaimana dia menyedari tabiat menabung anaknya selepas menemui “simpanan rahsia” itu.

“Petak kecil simpanan anak saya. Dia dapat duit belanja RM15 sehari. Sepanjang tahun ni dia dah simpan banyak dan sekarang ada RM767 yang dia bawa ke sekolah setiap hari.”

Dalam video yang dikongsikan, Jeannie kelihatan mengeluarkan helaian demi helaian wang kertas berjumlah RM1, RM5, RM10 dan RM20 serta syiling daripada poket sisi beg sekolah anaknya. Ia merupakan hasil tabungan yang dikumpul sepanjang tahun ini.

Menurut Jeannie, dia tidak marah, sebaliknya berasa kagum dengan disiplin anaknya dalam menabung.

Baca juga: Pasangan Reda Pemergian Anak Kembar Autisme Lemas Ketika Aktiviti Renang, JPWPKL Siasat SOP Program

wang tunai

Instagram Jeannie Soo

Dalam satu hantaran lain, dia memaklumkan akan membuka akaun bank khas untuk anaknya supaya dia dapat belajar mengurus kewangan dengan lebih baik sejak usia muda.

Bercakap kepada portal WORLD OF BUZZ, Jeannie mengakui dia terkejut tetapi pada masa sama bangga dengan tindakan anaknya yang memilih untuk menyimpan berbanding berbelanja sesuka hati.

Katanya,

“Sejujurnya saya terkejut! Tak sangka dia simpan duit sebanyak tu dalam beg. Memang dia belum pandai uruskan dengan baik lagi, tapi sekurang-kurangnya dia menabung, bukan membazir!”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jeannie Soo👠 (@jeanniesoo7687)

Baca juga: Murid Perempuan Tahun 2 Jadi ‘Kapla’ Arah Rakan Terjun Bangunan, Buat Misi Berbahaya Inspirasi Roblox!

Sumber: Instagram @jeanniesoo7687

FT Image: Instagram Jeannie Soo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×