Euforia Bola 2026
Sihat

Lelaki Kongsi Dapat Petua Dari Orang Tua Guna Buluh Rawat Slip Disc, Terkejut Dah Tak Mengerang Bila Bangun

sakit slip disc

Sakit slip disc adalah masalah tulang belakang yang sering dialami ramai, terutamanya akibat gaya hidup moden seperti duduk terlalu lama, kurang bersenam dan tidur di permukaan yang tidak sesuai.

Melalui perkongsian Khairul Zamili Kamaral Zaman, dia yang mempunyai masalah slip disc telah mencuba satu kaedah semula jadi ini, yang ternyata berkesan pada dirinya untuk melegakan kesakitan tersebut.

Baca juga: 5 Tips Selipar Tandas Sihat & Selamat, Jangan Main-Main Dengan Wira Kecil RM10 Ini Yang Tinggi Jasanya!

RAWAT SAKIT SLIP DISC

sakit slip disc

Gambar Khairul Zamili Kamaral Zaman: Tabung buluh anaknya.

Menurutnya, dia mendapat petua daripada seorang tua untuk melegakan sakit slip disc dengan tidur di atas katil buluh. Disebabkan sukar mencari katil tersebut, dia mencuba alternatif menggunakan tabung buluh anak.

“Setiap malam atau bila ada masa lapang, saya golek-golek di belakang badan yang sakit (L4 & L5). Alhamdulillah, ada kesan positif. Dahulu kaki selalu kebas dan cramp, kini berkurangan. Sekadar perkongsian sahaja,” tulisnya.

Pengalaman warga maya

Ruang komen di hantaran tersebut dihujani dengan pelbagai kisah dan pengalaman pengguna lain yang turut mengalami masalah slip disc.

Rata-ratanya bersetuju bahawa tidur di atas permukaan keras seperti lantai atau tikar buluh lebih membantu pemulihan berbanding tilam empuk.

Antara komen yang dikongsikan:

  • “Saya dulu 4 bulan terlantar sebab slip disc tahun 2017. Tak boleh tidur atas sofa, toto, atau tilam. Sekarang dah sihat lepas tidur atas tikar buluh, jalan kaki atas rumput waktu subuh, rehat cukup, kurangkan angkat berat dan guna minyak bijan. Alhamdulillah, semua dengan izin Allah.”
  • “Sebenarnya tak perlu pun katil buluh. Masalah utama pesakit slip disc lambat sembuh ialah tilam terlalu empuk. Saya penghidap L4L5S1. Doktor sendiri nasihat tidur atas tilam keras, elak angkat barang lebih 2kg dari lantai tanpa mencangkung dulu. Saya dah cuba, alhamdulillah beransur baik.”
  • “Setuju sangat. Tidur atas lantai alaskan toto dan bantal nipis. Postur badan masa tidur kena sama macam berdiri. Ramai tak tahu hakikat ni.”

Baca juga: Akak Farmasi Saran Guna Spray Hidung Ini Bila Anak Bersin Tak Henti, Terus Tak Jadi Selesema!

Kenapa permukaan keras membantu?

Seorang pengguna lain turut memberi penjelasan lebih teknikal. Katanya, di bahagian belakang badan kita terdapat banyak otot utama seperti latissimus dorsi, lumbar, trapezius, rhomboid, multifidus dan quadratus lumborum yang berfungsi menyokong tulang belakang.

Apabila seseorang kerap tidur di permukaan lembut, sesetengah otot ini menjadi “malas” atau tidak aktif, menyebabkan tekanan hanya tertumpu pada satu bahagian tertentu.

Namun bila tidur di permukaan keras seperti lantai atau tikar buluh, lapisan tisu otot (myofascia) mula dirangsang dan kembali aktif bekerja. Kesannya, bebanan pada satu otot berkurang dan rasa sakit belakang juga semakin pulih secara semula jadi.

Kesimpulan

Daripada perkongsian Khairul Zamili dan pengalaman pesakit lain, perubahan kecil seperti tidur di permukaan keras, menjaga postur dan elak angkat berat berlebihan boleh membantu pemulihan sakit slip disc.

Tidur atas lantai atau tikar keras mungkin langkah mudah yang berkesan untuk melegakan sakit slip disc, dengan izin Allah, ia mampu mengurangkan sakit slip disc tanpa kos besar.

Apa pun, setiap ikhtiar perlu dilakukan dengan ilmu dan bimbingan pakar.

Baca juga: Pakar Dedah Fakta Menarik Tentang Darah Haid, Kadang Pekat Hitam & Beza Baunya Dengan Istihadah

Sumber: Khairul Zamili Kamaral Zaman

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×