Kalau nak kulit cerah dan lembut tanpa perlu ke spa, anda wajib cuba masker semula jadi yang kini tular di Facebook hasil perkongsian Putri Ananda.
Awalnya dia hanya mencuba campuran beras, daun sirih cina dan kemiri (buah keras) untuk hilangkan kusam dan jerawat degil, tapi hasilnya luar jangkaan!
Baca juga: Jangan Sedih Bila Rambut Gugur Macam Hujan Lebat, Ikut Petua Ini ‘Confirm’ Tersenyum Semula!
RESIPI MASKER GLOWING SEMULA JADI

Gambar Putri Ananda.
“Awalnya cuma cuba-cuba saja, nak tengok berkesan ke tak campuran semula jadi ini iaitu beras, daun sirih cina dan kemiri. Niatnya pun sederhana saja, nak hilangkan kusam dan jerawat degil.
“Tapi tak sangka, dalam masa 1–2 minggu, kulit terus berubah cerah, lembut dan ‘glowing’ macam baru keluar dari spa. Padahal ini bukan produk mahal, tak ada bahan kimia pun. Cuma masker homemade, bahan dapur dan kebun yang semua orang boleh buat sendiri,” tulisnya di Facebook.
Putri turut berkongsi resipi masker glowing semula jadi yang hanya menggunakan bahan-bahan mudah dan selamat.
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar beras putih (guna organik kalau ada)
- 5 helai daun sirih cina segar
- 3 biji kemiri
Cara buat:
- Cuci dan rendam beras lebih kurang 3 jam.
- Sangai kemiri tanpa minyak sampai keluar minyaknya.
- Tumbuk semua bahan sampai jadi pes halus.
- Tambah sikit air mawar atau air masak sampai jadi krim masker.
- Simpan dalam peti sejuk, boleh tahan 3–4 hari.

Gambar hiasan: Freepik.
Cara penggunaan:
- Sapu pada wajah bersih, biar 15–20 minit, bilas dengan air suam kemudian air sejuk.
- Guna 3–4 kali seminggu.
Hasilnya:
- Kulit cerah dan lembut
- Jerawat makin reda
- Flek hitam pudar
- Wajah glowing tanpa makeup
Putri menulis lagi, “Kadang-kadang yang semula jadi itu lah yang paling menjadi!” Dan ramai pengguna lain di ruangan komen turut mengakui keberkesanan masker semula jadi ini selepas mencuba sendiri.
Selain murah dan selamat, masker ini juga bebas bahan kimia serta boleh dijadikan rutin penjagaan wajah mingguan untuk hasil kulit sihat berseri secara semula jadi.
Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!
Sumber: Putri Ananda
FT Image: Putri Ananda / Freepik
