Ramai yang tertanya-tanya bagaimana cara paling mudah untuk hilangkan kesan kunyit pada bekas plastik yang sudah kekuningan walaupun telah dicuci berkali-kali.
Baru-baru ini seorang pengguna media sosial telah melakukan satu eksperimen menarik yang menunjukkan cara mudah dan berkesan untuk menghilangkan kesan kunyit.
Baca juga: Tompokan Air Di Siling Rumah Boleh Jadi Bahaya, Ini Cara Nak Hilangkan Sebelum Terlambat!
HILANGKAN KESAN KUNYIT PADA BEKAS TANPA SENTAL

Menurut perkongsiannya, cuaca panas sebenarnya boleh membantu memudarkan kesan kekuningan pada bekas plastik tanpa perlu menggunakan sebarang bahan pencuci tambahan atau menyental dengan kuat. Caranya sangat mudah dan menjimatkan tenaga.
Langkah-langkahnya cukup ringkas:
1. Ambil bekas plastik yang sudah kekuningan akibat kesan kunyit.
2. Cuci seperti biasa bagi menghilangkan sisa makanan atau minyak.
3. Letakkan bekas tersebut di tempat yang menerima cahaya matahari secara langsung.
4. Biarkan selama beberapa jam di bawah sinaran matahari.
Dalam eksperimen tersebut, bekas plastik yang digunakan ialah botol bekas air jamu yang telah lama meninggalkan kesan kuning pekat di bahagian dalam.
Proses bermula pada jam 11.50 pagi dan hasil akhir diperhatikan sekitar jam 1.41 tengah hari. Walaupun tidak hilang sepenuhnya, warna kekuningan pada botol tersebut telah pudar dengan ketara.

Hasilnya cukup memuaskan kerana warna kuning sebelum ini berubah menjadi cerah tanpa sebarang sentalan atau penggunaan bahan kimia keras.
Kaedah ini bukan sahaja mudah tetapi juga mesra alam kerana hanya memanfaatkan tenaga semula jadi daripada cahaya matahari. Ia sesuai dicuba untuk semua jenis bekas plastik seperti tupperware, botol jamu atau bekas lauk harian.
Selamat mencuba!
Baca juga: Rumah Kekal Wangi & Tak Bau Hapak, Potong Daun Pandan Macam Ini Baru Semerbak!
Sumber: Facebook
