Euforia Bola 2026
Asuh

Minuman Dark Chocolate Bantu Tingkatkan Fokus & Prestasi Anak Ketika Musim Peperiksaan

MINUMAN DARK CHOCOLATE

Menjelang musim peperiksaan, ramai ibu bapa mula mencari cara untuk membantu anak-anak kekal fokus dan tenang ketika belajar. Antara pilihan yang disarankan oleh pakar kesihatan otak, Dr. Rizal Abu Bakar, adalah minuman dark chocolate.

Menurutnya, minuman dark chocolate ini mampu meningkatkan aliran darah ke otak, mengurangkan tekanan, serta membantu prestasi mental anak semasa menghadapi peperiksaan.

Baca juga: Fenomena Baharu Di SJKC, Ramai Murid Melayu Daftar Tapi Pelajar Cina Makin Berkurang

MINUMAN DARK CHOCOLATE TINGAKTKAN FOKUS ANAK KETIKA PEPERIKSAAN

MINUMAN DARK CHOCOLATE

Freepik

Dalam satu perkongsian di laman Facebooknya, antara amalan pemakanan yang diberikan kepada anak-anaknya ketika musim peperiksaan iaitu minuman dark chocolate yang mengandungi gingko biloba.

Menurutnya, dark chocolate yang mengandungi 70 peratus atau lebih koko mengandungi polyphenols, sebatian semula jadi yang dapat meningkatkan aliran darah ke otak. Hasilnya, prestasi mental dan fokus pelajar dapat ditingkatkan dengan ketara.

“Kalau nak mudah faham, dari 3G ke 5G. Kelajuan dan konsentrasi meningkat,” katanya berseloroh.

Selain itu, dark chocolate juga kaya dengan flavonols, bahan yang membantu pertumbuhan sel otak di bahagian pusat memori.

“Lagi banyak sel otak, lagi kuatlah daya ingatan,” jelasnya.

Dr. Rizal turut menjelaskan bahawa dark chocolate bukan sahaja baik untuk memori, malah membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan (anxiety) yang sering dialami pelajar menjelang peperiksaan.

MINUMAN DARK CHOCOLATE

Freepik

Ini kerana kandungan endorfin dan phenylethylamine dalam coklat gelap mampu merangsang pengeluaran hormon dopamin, sekaligus mencetuskan rasa tenang dan gembira.

“Biasanya belajar atau membaca tidak menyeronokkan, tapi dengan dark chocolate, rasa ‘pleasure’ itu boleh hadir sebagai kaitan positif dengan aktiviti belajar,” ujarnya pendek.

Menjawab soalan tentang keberkesanan amalan tersebut, Dr. Rizal tersenyum dan berkongsi bahawa keempat-empat anaknya pernah mendapat keputusan cemerlang, termasuk beberapa kali memperoleh 4 flat dalam peperiksaan.

“Kalau kita boleh pakaikan anak-anak dengan pakaian yang cantik, takkan otak mereka tidak layak ‘dipakaikan’ dengan nutrien yang cantik. Bahasa mudahnya, dark chocolate ni adalah ‘minyak untuk otak’,” tambahnya.

Baca juga: Kes Autisme Makin Meningkat Tapi Bukan Fenomena Baharu, Rasulullah Ada Sebut Dalam Hadis…

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×