Euforia Bola 2026
Famili

Mak Dulu Tak Sekolah Tinggi Tapi Didik 8 Perkara Penting Ini Pada Anak Dara, Ajaran Bernilai Sepanjang Hayat

anak dara

Perkongsian oleh Rashida Mohd Ghazali ini memang menyentuh nostalgia ramai. Dulu masa kecil, kita rasa semua benda mak suruh itu menyusahkan.

Tapi bila dah besar, baru nampak semua ajaran mak dulu pada anak dara ada sebabnya. Ia bukan sekadar suruhan, tapi latihan hidup. Dari cara bangun pagi sampai urus diri, semuanya membentuk siapa kita hari ini.

Baca juga: Tular Wanita SLE Tolong Jaga Makcik Katil Sebelah Dijemput Ilahi, Selang Sehari Makcik Itu Turut Pergi…

8 AJARAN MAK DULU-DULU PADA ANAK DARA, PANDUAN SEPANJANG HAYAT

Jadi, bagi mengimbau kembali kenangan bersama emak-emak pada zaman dulu, berikut merupakan lapan ajaran yang disampaikan mereka kepada anak dara yang boleh dijadikan panduan sepanjang hayat.

1. Bangun awal, tanda rajin

anak dara

Gambar persendirian.

“Jangan harap boleh bangun pukul 9 pagi!” Itu suara mak yang jadi penggera paling kuat setiap pagi. Tak kira hujan panas, datang bulan atau tidak, pukul 6.30 pagi mesti dah bangun.

Kata mak: “Bangunnnnnnnnn. Anak dara bangun meninggi hari apa nak jadi. Esok lusa duduk rumah orang, dibenci orang perangai macam itu.”

Dulu mungkin terasa membebel, tapi rupanya mak nak ajar disiplin dan tanggungjawab. Dua benda penting yang kekal sampai ke tempat kerja dan rumah tangga.

2. Masak, belajar urus dapur

Bangun awal, terus ke dapur. Menu harian? Nasi goreng, ikan masin, sambal belacan. Ringkas tapi penuh kasih.

Kalau merungut, mak jawab selamba: “Kau nak makan, kau makan. Tak nak makan, yang lapar kau juga.”

Mak ajar bukan sebab nak suruh jadi tukang dapur, tapi nak biasakan diri urus rumah tanpa bergantung orang lain. Dari masak sarapan sampai makan malam, semuanya latihan menjadi wanita cekap dan berjimat.

3. Kemas rumah, latih tanggungjawab

Basuh kain, sidai kain, lipat kain, itu ‘subjek wajib’ anak dara dulu. Pantang mak kalau nampak kain berlonggok atau periuk kuali tak berbasuh.

Kata mak: “Kain pelikat tu masa lipat gosok dengan tangan baru ada side line. Baru kemas.”

Sapu laman, basuh tandas, lap tingkap…semua itu kerja berat tapi mendidik ringan tulang dan rajin tangan.

4. Mandi dan bersiap wangi-wangi

Mak dulu sangat menitikberatkan kebersihan. “Pagi-pagi mandi, pakai baju kemas, rambut rapi, bedak wangi.”

Walaupun duduk rumah, mak suruh tetap bersiap. Katanya, “Anak dara mesti sedap mata memandang.” Bukan untuk orang lain, tapi tanda menghargai diri sendiri.

5. Jaga mulut dan adab percakapan

Mak selalu pesan, “Mulut itu kalau tak boleh bagi orang senang, jangan buat orang sakit.”

Anak dara diajar bercakap lembut, tak meninggi suara, tak menyindir dan tak suka cari gaduh. Ajaran ini mungkin nampak kecil, tapi nilainya besar, sebab budi bahasa itu cermin didikan mak.

Baca juga: Bapa Dedah Anak Pernah Diugut “Saya Nak Awak M*ti Esok” & Nafi Dakwaan Iman Zhafran Autisme!

6. Hormat orang dan ringan tulang

anak dara

Gambar hiasan Google.

Satu lagi pesanan mak yang sampai sekarang terngiang: “Selagi mana kita jaga mulut, ringan tulang, hormat orang; akan ada ramai orang sayang kita dan bela kita.”

Mak ajar berbuat baik tanpa berkira. Tak perlu tunggu balasan sebab rezeki datang dengan cara lain.

7. Belajar tinggi tapi kena tahu jaga diri

Walau mak tak sekolah tinggi, nasihatnya tetap mendalam: “Walau belajar tinggi melangit, kena tahu urus rumah.”

Mak tahu dunia boleh berubah, tapi asas perempuan tetap sama iaitu pandai berdikari, tahu menjaga maruah dan tahu menyesuaikan diri.

8. Anak dara tak baik duduk di tangga

Ini antara pesan klasik yang sering buat kita tertanya-tanya waktu kecil. Mak selalu cakap: “Anak dara tak baik duduk di tangga, nanti lambat jodoh!”

Walaupun bunyinya macam kepercayaan lama, tapi mak sebenarnya nak ajar sopan santun dan adab. Tangga tempat orang lalu-lalang, jadi duduk di situ boleh menimbulkan pandangan serong atau tak manis dilihat orang.

Secara halus, mak didik kita untuk menjaga maruah dan pandai membawa diri di mana-mana.

Penutup

Bila diingat semula, rupanya semua yang kita anggap ‘bebelan mak’ dulu adalah pendidikan hidup paling mahal. Ajaran yang menjadikan kita berdiri sendiri, tahu malu, tahu hormat dan tahu diri.

Mak dulu tak ajar guna teori, tapi ajar dengan tangan, suara dan kasih sayang. Dan sampai bila-bila, itulah ‘silibus kehidupan’ paling berharga untuk setiap anak dara.

Baca juga: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Rayqal Naufal Usia 8 Tahun, Yang Hilang Sejak 1 November!

Sumber: Rashida Mohd Ghazali

FT Image: Ahmad Zakie / Persendirian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×