Dalam dunia perubatan, memahami fisiologi darah haid amat penting bagi wanita. Di mana, ia bukan sahaja untuk mengenal pasti kitaran normal, tetapi juga bagi membezakan antara haid biasa dan istihadah (pendarahan luar waktu haid).
Menurut Dr. Suhazeli Abdullah, Pakar Perubatan Keluarga, perubahan warna, tekstur dan bau darah haid sebenarnya adalah reaksi fisiologi semula jadi tubuh wanita. Ikuti penjelasan beliau di bawah.
Baca juga: Bahaya Jantung Jadi Laju Luar Biasa Semasa Bersenam! Ini 7 Cara Kawal Degupan Supaya Tak “Overlimit”
FISIOLOGI DARAH HAID

Gambar: Dr. Suhazeli Abdullah
Haid yang bermula dengan warna hitam atau gelap dan pekat adalah normal dalam kebanyakan wanita. Dari sudut perubatan, kenapa berlaku demikian?
Dengan sebab inilah, wanita dan lelaki mesti membezakan antara haid versus istihadah dan fisiologi disebaliknya. Ia berlaku kerana:
1. Darah lambat mengalir keluar.
- Sebelum proses keluar haid, lapisan endometrium (uterus) yang mengandungi darah lama yang tersimpan seketika dalam rahim atau di hujung saluran faraj akan mengalami proses oksidasi
- Semakin lama darah berada dalam badan sebelum keluar, semakin gelap (hitam atau coklat)
2. Kadar hormon menurun di awal haid
- Pada permulaan kitaran haid, pengecutan rahim masih perlahan
- Aliran tidak laju, jadi darah lebih pekat dan berketul kecil
3. Ketumpatan dan kandungan zat besi
- Apabila darah terdedah kepada udara terlebih dulu, hemoglobin menggelap
Perlu diberikan perhatian, darah haid masih dianggap normal jika:
- Tiada bau busuk yang luar biasa
- Tidak terlalu banyak sehingga memerlukan tukaran pad setiap 1–2 jam
- Tidak menyebabkan kesakitan luar biasa. Sakit biasa senggugut adalah normal
Tanda amaran yang perlu perhatian jika:
- Ada bau busuk kuat (petanda jangkitan atau radang)
- Senggugut ekstrem mendadak
- Pendarahan sangat banyak atau berpanjangan
Kesimpulannya, hitam pekat di awal dan akhir haid adalah fisiologi normal, darah lama yang baru keluar.
Baca juga: Tak Busuk & Tak Mereput, Ini Fungsi Embalming Pada Mayat Non-Muslim, Juga Hukum Untuk Orang Islam
PERBEZAAN BAU HAID VERSUS ISTIHADAH

Gambar hiasan: Rawpixel.com
1. Darah Haid
Bau:
- Berbau sedikit hanyir atau masam lembut
- Kadang ada bau besi (iron/ferum)
- Tidak busuk, cuma “bau khas haid”
Kenapa bau begini? (Fisiologi)
- Darah haid bukan sekadar darah biasa. Ia campuran lapisan dinding rahim (endometrium) yang luruh, lendir serviks, sedikit bakteria normal faraj, dan darah.
- Bila berada seketika dalam faraj sebelum keluar, ia teroksida (berinteraksi dengan udara dan bakteria baik, jadi bau sedikit hanyir atau masam).
- pH faraj berubah sedikit semasa haid, menyebabkan bau lebih ketara.
2. Darah Istihadah
Bau:
- Tidak berbau hanyir seperti haid
- Lebih menyerupai bau darah biasa dari luka
- Lebih cair, tiada bau masam atau besi yang kuat
- Jika benar-benar istihadah, tidak ada bau kuat atau busuk
Kenapa bau ini berbeza? (Fisiologi)
- Istihadah adalah darah dari saluran darah biasa, bukan dari luruhan dinding rahim.
- Ia keluar terus dari saluran darah ke faraj tanpa disimpan lama, jadi tiada oksidasi yang banyak.
- Tidak bercampur dengan tisu endometrium dan kurang interaksi dengan bakteria faraj, jadi bau lebih ringan.
Sumber: Suhazeli Abdullah
