Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang giat mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Muhammad Rayqal Naufal Bin Muhammad Zawawie, yang dilaporkan hilang sejak 1 November lalu di kawasan Taman Desaria, Petaling Jaya, Selangor.
Menurut hantaran rasmi di laman Facebook Polis Daerah Petaling Jaya, Rayqal Naufal dilihat kali terakhir berada di kawasan tersebut sekitar jam 6 petang pada hari kejadian.
Baca juga: Bapa Dedah Anak Pernah Diugut “Saya Nak Awak M*ti Esok” & Nafi Dakwaan Iman Zhafran Autisme!
RAYQAL NAUFAL MURID TAHUN DUA DILAPORKAN HILANG!

Muhammad Rayqal Naufal Bin Muhammad Zawawie yang dilaporkan hilang pada 3 November lalu.
Kehilangannya menimbulkan kebimbangan keluarga serta penduduk setempat, yang kini turut membantu menyebarkan maklumat di media sosial bagi mempercepat usaha pencarian.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, laporan kehilangan diterima pada 3 November sekitar jam 2.16 pagi.
“Muhammad Rayqal Naufal berbangsa Melayu, berkulit kuning langsat, tinggi lebih kurang 130 sentimeter, berat 21 kilogram, memiliki rambut pendek,” katanya dalam kenyataan.
Justeru itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehilangan ini diminta tampil membantu pihak berkuasa.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Muhammad Ainol Syafiq di talian 018-3487636 atau hadir ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” ujar Shamsudin.

Baca juga: [TERKINI] JAKIM Tegaskan ‘Muslim Choice’ Tak Diiktiraf Sebagai Penanda Halal!
Sumber: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
FT Image: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya
