Euforia Bola 2026
Famili

Tiada Telefon, Tiada Tablet…Bapa Ini Dedah Rahsia Besarkan Anak Dengan Hebat Tanpa Gajet Selama 7 Tahun!

anak tanpa gajet

Dalam dunia serba moden hari ini, membesarkan anak tanpa gajet mungkin kedengaran mustahil. Telefon pintar, tablet dan skrin kini seolah-olah menjadi ‘peneman wajib’ bukan sahaja untuk orang dewasa, tetapi juga buat si kecil.

Namun, seorang bapa, Muhd Syafiq Idris, memilih jalan berbeza. Dalam perkongsian di platform Threads, dia mendedahkan bagaimana bersama isterinya berjaya membesarkan anak-anak tanpa sebarang pendedahan kepada gajet selama tujuh tahun dan hasilnya sangat menakjubkan!

Baca juga: Nampak Comel, Tapi Bahaya! Ini 7 Risiko Game Roblox Buat Anak ‘Terperangkap’ Yang Ibu Ayah Tak Sedar

BAPA KONGSI KISAH BESARKAN ANAK TANPA GAJET SELAMA 7 TAHUN, HASIL DIDIKAN MENAKJUBKAN!

anak tanpa gajet

“Tujuh tahun kami besarkan anak tanpa telefon atau tablet. Benda tu asing bagi mereka,” tulisnya.

Menurut Syafiq, kesan paling ketara ialah perkembangan sosial dan emosi anak-anak yang jauh lebih baik berbanding rakan sebaya mereka yang bergantung kepada gajet. Antara perubahan positif yang dikongsikan:

1. Anak lebih cepat belajar dan kreatif. Mereka bijak berinteraksi serta mempunyai empati yang tinggi terhadap orang lain.

2. Pandai bersosial di dunia sebenar. Tidak kekok bergaul dan mampu berkomunikasi dengan baik.

3. Lebih sabar dan tahu mengurus rasa bosan. Tanpa gajet, mereka cipta aktiviti sendiri seperti abang menjadi ketua, adik mengikut.

4. Berpeluang belajar kemahiran hidup. Dari berkebun, membaiki mainan hingga membaiki penyejuk udara, semuanya dilakukan bersama.

5. Hubungan keluarga jadi lebih erat. Masa lapang diisi dengan aktiviti bersama, bukan sekadar menonton skrin.

6. Tidur lebih teratur dan berkualiti. Tiada gangguan cahaya biru dari skrin sebelum tidur.

7. Anak lebih berdikari dan suka membantu kerja rumah.

8. Aktif bermain di luar, suka bersukan dan membina Lego.

Menariknya, perkongsian ini mendapat sambutan hangat di ruangan komen. Ramai ibu bapa tampil berkongsi pengalaman serupa iaitu membesarkan anak tanpa televisyen dan gajet di rumah. Seorang pengguna menulis:

“Saya pun dah setahun tak bagi anak gajet. Mula-mula susah, tapi sekarang dah terbiasa. Anak lebih banyak berinteraksi dengan kami dan tidur pun lebih awal..” netizen.

“Saya dan suami dah 14 tahun tak ada TV. Anak sulung dah 12 tahun, dan kami memang dah niat nak jadikan anak penghafaz Al-Quran. Telefon pun cuma dua — satu saya, satu suami. Anak kalau nak hubungi cikgu, guna telefon kami,” netizen.

anak tanpa gajet

Tambahnya lagi, sejak kecil anak-anak dibiasakan menulis dan melukis di buku kosong, bukan bermain skrin. Oleh itu, untuk mak ayah zaman teknologi sekarang, langkah membesarkan anak tanpa gajet mungkin kelihatan sukar pada awalnya, namun kisah ini membuktikan bahawa dunia tanpa skrin bukanlah dunia yang membosankan.

Baca juga: “MasyaAllah Comelnya!”- Tengku Muhammad Johan Petra Masuk Prasekolah Montessori, Belajar 3 Bahasa Sekaligus!

Sumber: Threads @muhdsyafiq.idris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×