Berita baik buat semua pengguna jalan raya! Jabatan Pengangkutan Jalan kini menawarkan diskaun saman JPJ sebanyak 50 peratus bagi bayaran saman tertunggak bermula 1 November hingga 30 Disember ini.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, memaklumkan bahawa potongan ini meliputi semua jenis saman yang boleh dikompaun, kecuali kes yang dikecualikan oleh undang-undang.
DISKAUN SAMAN JPJ 50% BERMULA 1 NOVEMBER HINGGA 31 DISEMBER, INI CARA NAK BAYAR

Menurut beliau, tawaran ini bertujuan membantu orang ramai menyelesaikan tunggakan saman dengan lebih mudah sambil menggalakkan pematuhan undang-undang jalan raya.
“Kami menggalakkan semua pemilik kenderaan yang masih mempunyai saman tertunggak untuk segera membuat bayaran melalui saluran rasmi yang disediakan,” katanya.
Anda boleh menyemak saman JPJ melalui beberapa saluran rasmi berikut:
- Aplikasi MyJPJ
- Portal Awam mySIKAP
- Kios JPJ
- JPJ Mobile
- Kaunter JPJ berhampiran
- Klik menu ‘Bayaran Saman’
- Pilih senarai ‘Saman Yang Dimiliki’
- Klik ‘checkbox’ untuk pilih saman
- Paparan jumlah saman dan klik ‘Bayar Saman’
- Bayaran saman berjaya, klik ‘Papar Resit’
Bayaran boleh dibuat melalui semua saluran di atas kecuali MyEG dan Pejabat Pos Malaysia. Pastikan anda menggunakan platform rasmi JPJ untuk mengelakkan sebarang kesilapan transaksi.
Orang ramai dinasihatkan agar menyelesaikan saman dalam tempoh promosi dua bulan ini, kerana selepas 30 Disember 2025, sebarang tunggakan boleh menyebabkan sekatan urus niaga seperti pembaharuan lesen memandu dan cukai jalan.

JPJ menegaskan komitmennya untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan memastikan setiap inisiatif memberi manfaat kepada rakyat secara menyeluruh. Selamat membayar!
