Euforia Bola 2026
Asuh

“Dia Suruh Aku Tukar”- Akibat Terpengaruh Ajakan Rakan Game Online, Remaja 15 Tahun Hampir Terpesong Akidah?

pengaruh permainan

Isu pengaruh permainan atas talian terhadap remaja kini semakin membimbangkan apabila platform hiburan itu bukan sahaja mempengaruhi gaya hidup dan emosi, tetapi turut menjadi medium penyebaran fahaman yang boleh menggugat akidah.

Dalam satu kejadian yang tular di media sosial, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun hampir terpesong pegangan agamanya selepas terpengaruh dengan rakan yang dikenalinya melalui permainan dalam talian.

Baca juga: Jangan Sesekali Dedahkan 5 Maklumat Ini Dekat ChatGPT, Risiko Kena Godam Tinggi!

PENGARUH PERMAINAN ONLINE, BUDAK 15 TAHUN TERPESONG AKIDAH

PENGARUH PERMAINAN

Difahamkan, pelajar tingkatan tiga itu terpengaruh selepas berkenalan dengan individu bukan Islam dalam permainan dalam talian dan akhirnya diajak untuk meninggalkan agama Islam serta memeluk agama Kristian.

Dalam catatannya, Tembisik Belantara berkongsi bahawa pertemuan pertama dan kedua bersama remaja itu berlangsung bagi menjawab pelbagai persoalan berkaitan Islam, termasuk ayat-ayat berkaitan peperangan dalam al-Quran yang disalah tafsir oleh remaja berkenaan hasil perbualan dengan rakan dalam talian.

“Pertemuan kali pertama dan kedua saya layan hampir 20 soalan anak ini tentang ayat-ayat perang dalam al-Quran untuk menunjukkan Islam agama yang ganas. Dua juga menghafal petikan ayat-ayat di dalam bible melalui internet dengan bantuan kawan-kawan di game atas talian,” jelasnya.

Dia  juga menjelaskan bahawa remaja tersebut turut menghafal beberapa petikan daripada Bible melalui internet, hasil tunjuk ajar kenalan-kenalan baharunya di platform permainan tersebut.

PENGARUH PERMAINAN

Freepik

Namun, selepas sesi perbincangan dan penjelasan terperinci diberikan berdasarkan rujukan kitab asal Bible dalam bahasa Ibrani, remaja itu akhirnya menyedari kesilapan dan kekeliruan yang telah meracuni pemikirannya.

Pertemuan ketiga menyaksikan remaja berkenaan mengucapkan kembali kalimah syahadah di hadapan ibu bapanya, yang kelihatan sebak dan bersyukur melihat perubahan anak mereka.

Kisah ini menjadi peringatan kepada ibu bapa agar lebih peka dan memantau penggunaan gajet serta aktiviti anak-anak dalam talian.

Pengaruh permainan digital dan interaksi tanpa batas boleh membuka ruang kepada penyebaran fahaman serta dakyah yang mampu menggugat akidah, terutama bagi remaja yang masih mudah terpengaruh dan sedang mencari arah hidup.

Baca juga: Cuti Sekolah Penggal Pertama 2026 Dijangka Jatuh Pada Hari Raya Aidilfitri, Ramai Ibu Ayah Lega!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×