Kadang-kadang kita mesti sibuk dengan rutin harian kerja, urus rumah dan nak jaga kesihatan kan? Dalam masa yang sama nak pastikan semua berjalan lancar juga. Tapi dalam kesibukan tu, ada satu perkara yang tetap jadi keutamaan iaitu menunaikan solat tepat pada waktunya.
Sekarang, tak perlu lagi risau terlepas waktu solat bila tengah sibuk atau dalam perjalanan, sebab HUAWEI kini memperkenalkan aplikasi Waktu Solat Malaysia pada HUAWEI Wearables!
Solat tepat waktu, di mana pun anda berada!

Dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia, HUAWEI Watch anda akan automatik kemas kini waktu solat mengikut lokasi semasa.
Lebih menarik, anda juga akan terima peringatan sebelum setiap solat, jadi tak kisah tengah meeting, bersenam atau travel, anda tetap dapat tunaikan solat tepat pada waktunya.
Seimbang antara kerja, gaya hidup & ibadah!

HUAWEI Wearables bukan sekadar jam pintar biasa. Ia bantu seimbangkan gaya hidup harian dengan kesihatan fizikal dan rohani.
Bayangkan satu jam yang bukan saja pantau kecergasan, tidur, stres dan notifikasi, tapi juga ingatkan waktu solat semuanya dari satu tempat, di pergelangan tangan anda.
Direka khas untuk orang Malaysia
Aplikasi Waktu Solat Malaysia ni dibangunkan khas untuk kita, dengan waktu solat tempatan yang tepat dan fungsi arah Qiblat (untuk model terpilih).
Selain tu, ada juga rujukan doa dan kandungan Islamik untuk bantu anda kekal tenang dan dekat dengan nilai keagamaan, walau di mana pun berada.
Teknologi yang bukan sekadar pintar, tapi penuh makna!

HUAWEI percaya teknologi sepatutnya memudahkan kehidupan seharian tanpa mengabaikan kepercayaan dan nilai spiritual.
Dengan aplikasi ini, niat dan inovasi bergabung dan membantu anda kekal sihat, produktif dan dekat dengan agama, semua dari satu peranti yang elegan.
Haa…untuk pengetahuan anda, ia tersedia pada model HUAWEI Wearables yang berikut:
- HUAWEI WATCH FIT 4 / FIT 4 PRO
- HUAWEI WATCH GT 5 / GT 5 PRO
- HUAWEI WATCH GT 6 / GT 6 PRO
- HUAWEI WATCH 5
- HUAWEI WATCH ULTIMATE 2
Eksklusif! Fungsi Qiblat hanya untuk HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH ULTIMATE 2.
Dan paling best, semua fungsi ni berfungsi untuk pengguna iOS dan Android!
Boleh bawa solat, sihat & tenang ke mana sahaja
HUAWEI bukan sekadar pengeluar jam pintar, tapi jenama yang faham keperluan gaya hidup umat Islam di Malaysia.
Sekarang, dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia, semuanya jadi lebih mudah! Solat tak terlepas, hidup lebih seimbang.
Dapatkan HUAWEI WATCH GT 6 Series sekarang di semua platform!
Jam ini menggabungkan reka bentuk premium, pemantauan kesihatan lanjutan, serta ketahanan bateri sehingga 21 hari.
Dengan ruang storan 64GB untuk muzik, peta & muka jam, ia memang smartwatch terbaik untuk gaya, prestasi dan kemudahan seharian. Jangan lupa dapatkan di semua platform dibawah:
