Euforia Bola 2026
Sponsored Post

Internet Lancar, Kadar Pun Berpatutan! Rakyat Malaysia Kini Boleh Guna Data Roaming Di Timor-Leste

Berita gembira untuk rakyat Malaysia yang suka travel atau bekerja luar negara! Mulai 17 Oktober 2025, korang dah boleh guna perkhidmatan data roaming di Timor-Leste dengan lancar dan pada kadar yang berpatutan.

Tak perlu lagi risau nak cari WiFi atau tukar SIM asing, kini semuanya boleh terus guna talian Malaysia saja!

Perayauan data kini aktif di Timor-Leste

Inisiatif ni diumumkan oleh Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Ia berjaya direalisasikan dengan kerjasama pengendali rangkaian utama Malaysia iaitu CelcomDigi, Maxis, TM dan U Mobile yang mengaktifkan perkhidmatan data roaming di Timor-Leste mulai 17 Oktober 2025.

YTL Communications pula menyusul dengan pelancaran perkhidmatannya pada 24 Oktober 2025. Langkah ni sangat memudahkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara untuk terus berhubung tanpa perlu guna SIM tempatan.

Dari 2G & 3G Ke 4G, anda boleh dapat pengalaman yang lebih laju & stabil

Sebelum ni, pengguna di Timor-Leste hanya bergantung pada rangkaian 2G dan 3G, tapi kini mereka boleh menikmati rangkaian 4G yang jauh lebih pantas dan stabil. Ini membolehkan pengguna buat panggilan video, urus kerja online, atau kongsi detik travel di media sosial tanpa gangguan.

Kemajuan ni jadi bukti bahawa Malaysia dan Timor-Leste sedang bergerak seiring ke arah dunia digital yang lebih moden dan efisien.

Hasil kerjasama Malaysia & Timor-Leste!

Pencapaian ni bukan datang begitu saja, tapi hasil kerjasama rapat antara MCMC dan Autoridade Nacional de Comunicações (ANC) Timor-Leste), serta perkongsian strategik dengan penyedia telekomunikasi utama seperti Telkomsel, Telemor dan Timor Telecom.

Dengan adanya jaringan ni, hubungan antara dua negara bukan sekadar diplomatik, tapi turut diperkukuh melalui keterhubungan digital yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sejajar dengan keutamaan ASEAN 2025

Langkah ini juga seiring dengan keutamaan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025 yang menekankan aspek keterangkuman, kelestarian dan keterhubungan digital.

Ia mencerminkan komitmen bersama ASEAN untuk membentuk komuniti serantau yang berfokuskan rakyat, di mana teknologi berperanan sebagai jambatan kepada perpaduan dan peluang baru.

MCMC terus komited perkukuh keterhubungan digital serantau

Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia melalui MCMC terus memainkan peranan penting dalam memperkukuh integrasi digital dan keterhubungan merentas sempadan.

Usaha ni bukan sekadar memudahkan komunikasi rakyat Malaysia di luar negara, tapi juga menyokong visi ASEAN ke arah masa depan digital yang inklusif dan mampan untuk semua.

Tunggu apa lagi? Aktifkan data roaming & kekal terhubung di Timor-Leste hari ini!

Kalau anda merancang nak ke Timor-Leste tak lama lagi, pastikan perkhidmatan data roaming diaktifkan dengan penyedia rangkaian Malaysia masing-masing.

Nikmati internet yang lancar, kadar berpatutan, dan pengalaman digital tanpa sempadan di bumi Timor-Leste!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×