Euforia Bola 2026
Nur

Tak Busuk & Tak Mereput, Ini Fungsi Embalming Pada Mayat Non-Muslim, Juga Hukum Untuk Orang Islam

mengawet mayat

Ramai tertanya-tanya bagaimana masyarakat Cina boleh menyimpan jasad si mati selama beberapa hari di rumah sebelum dikebumikan. Sebenarnya, inilah fungsi proses mengawet mayat atau embalming, satu prosedur khas yang digunakan bagi memperlahankan proses pereputan tubuh.

Menurut perkongsian di Facebook oleh Adam Kelvin, selepas seseorang meninggal dunia, mayat akan dibawa ke funeral home untuk menjalani proses embalming, yang biasanya telah termasuk dalam pakej pengebumian.

Baca juga: Doktor Beri Amaran! Jangan Sesekali Bagi Ubat Kategori NSAIDs Ketika Anak Influenza, Risiko Komplikasi Otak

INFO MENARIK MENGAWET MAYAT NON-MUSLIM

mengawet mayat

Gambar Medium.com

Proses ini dilakukan dengan mengeluarkan semua cecair badan dan menggantikannya dengan larutan kimia khas yang disuntik melalui saluran darah. Cecair itu kemudian dipam ke seluruh tubuh bagi memastikan mayat kekal dalam keadaan baik untuk tempoh tertentu.

Tujuan proses embalming

  1. Mengelakkan mayat daripada mereput dengan cepat – Dalam budaya Cina, upacara wake biasanya berlangsung antara tiga hingga tujuh hari. Tanpa proses pengawetan, tubuh si mati akan cepat mereput dan mengeluarkan bau yang busuk.
  2. Mengelakkan perubahan warna kulit mayat – Apabila oksigen tidak lagi berada dalam tubuh, kulit akan berubah warna dan menyebabkan rupa si mati tidak lagi tenang. Embalming membantu mengekalkan warna asal kulit sementara waktu.
  3. Memulihkan keadaan fizikal mayat – Jika si mati meninggal akibat kemalangan atau kecederaan, proses ini dapat “membaiki” keadaan tubuh agar kelihatan lebih sempurna dan sesuai untuk majlis penghormatan terakhir.

Komen warga maya

Seorang pengguna Facebook berkongsi bahawa proses ini juga dilakukan ke atas jenazah Islam yang meninggal dunia di luar negara dan perlu dibawa pulang. Namun, menurutnya, proses ini perlu dielakkan kerana ia agak menyakitkan terhadap jasad kerana melibatkan penyingkiran organ dalaman dan suntikan kimia yang kuat.

Bekas pekerja rumah mayat turut menjelaskan bahawa hasil pengawetan boleh tahan sehingga sebulan, malah ada kes yang kekal bertahun-tahun jika dijaga dengan betul.

mengawet mayat

Gambar Medium.com

Pandangan Islam tentang mengawet jenazah

Menurut Pengerusi Eksekutif Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM), Rafie Zainal, proses membawa pulang jenazah dari luar negara memang memerlukan pengawetan bagi tujuan penerbangan.

Namun, beliau menjelaskan bahawa prosedur itu melibatkan tindakan menyedut darah, membersihkan organ dalaman menggunakan alat khas (trocar), serta menggantikan cecair tubuh dengan formalin, yang boleh disifatkan sebagai “menyakitkan” bagi jasad.

Dari sudut hukum, Islam membenarkan (harus) proses pengawetan hanya jika negara tempat kematian tidak membenarkan pengebumian warga asing seperti China. Jika masih boleh dikebumikan di tempat kematian, maka proses tersebut haram dilakukan.

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, hukum asal embalming (mengawet) mayat adalah haram kerana tubuh manusia wajib dimuliakan walau selepas mati.

Namun, ia boleh menjadi harus jika dilakukan atas sebab mendesak seperti mengawal penyakit berjangkit, sebagaimana keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan kali ke-33 (11 Oktober 1993). Ini kerana mencegah mudarat yang lebih besar seperti penularan penyakit lebih utama berbanding meninggalkan proses tersebut.

Baca juga: Rahsia Mandian Air Garam Tak Lapuk Dek Zaman, Bersihkan Diri Dari ‘Racun Halus’ Sihir & Penyakit Ain!

Sumber: Adam Kelvin

FT Image: Medium.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×