Euforia Bola 2026
Sihat

Bukan Digunakan Hanya Dalam Masakan, Serai Rupanya Boleh Rawat 5 Penyakit Ini

khasiat serai

Khasiat serai sebenarnya jauh lebih besar daripada sekadar penambah aroma dalam hidangan. Tumbuhan ini mengandungi pelbagai nutrien penting seperti antioksidan, vitamin, serta sebatian antibakteria yang membantu merawat masalah dalaman.

Menerusi perkongsian di media sosial, khasiat serai juga boleh merawat lima jenis penyakit. Ikuti penjelasan artikel ini lanjut di bawah.

Baca juga: “Menyoroklah Tuan Lembu, Balasan Dunia Mungkin Terlepas” – Luahan Pilu Abang Selepas Anak Buah Meninggal Dunia

KHASIAT SERAI YANG POWER, BOLEH RAWAT 5 PENYAKIT INI

KHASIAT SERAI

Freepik

1. Teh serai dan halia (pemanas badan & detoks semula jadi)

Kelebihan: membantu memanaskan badan, melancarkan peredaran darah, serta menyingkirkan toksin daripada tubuh.

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai (dititik)
  • 2 cm halia segar (dihiris nipis)
  • 500 ml air
  • 1 sudu besar madu asli

Cara penyediaan:

– Rebus serai dan halia dalam 500 ml air.

– Didihkan selama 10–15 minit, kemudian tapis.

– Tambahkan madu apabila minuman sudah suam.

Minum satu cawan pada waktu pagi dan malam, terutamanya ketika cuaca sejuk.

2. Serai, limau nipis dan madu (peluruh lemak & turun berat badan)

Kelebihan: membantu membakar lemak, melancarkan sistem pencernaan, dan meningkatkan kadar metabolisme.

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai (dititik)
  • ½ biji limau nipis (ambil airnya)
  • 1 sudu besar madu
  • 400 ml air

Cara penyediaan:

– Rebus serai dalam 400 ml air selama 10 minit.

– Setelah suam, masukkan air limau nipis dan madu.

Minum pada waktu pagi ketika perut masih kosong, 3–4 kali seminggu. Tidak digalakkan untuk penghidap gastrik kronik.

KHASIAT SERAI

Freepik

3. Serai, daun pandan dan kayu manis (penawar tekanan & untuk tidur nyenyak)

Kelebihan: mampu tenangkan fikiran, mengurangkan tekanan, serta membantu mendapatkan tidur yang lebih lena.

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai
  • 3 helai daun pandan
  • 1 batang kayu manis
  • 500 ml air
  • 1 sudu besar madu (pilihan)

Cara penyediaan:

– Rebus serai, daun pandan, dan kayu manis selama 15 minit.

– Tapis dan tambahkan madu jika mahu.

Minum ketika suam sebelum tidur pada waktu malam.

4. Serai, kunyit dan cengkih (anti-radang & redakan sakit sendi

Kelebihan: membantu mengurangkan radang dan sakit sendi, serta menguatkan sistem imun tubuh.

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai
  • 3cm kunyit (dihiris nipis)
  • 3 biji cengkih
  • 600ml air
  • 1 sudu besar madu

Cara penyediaan:

– Rebus semua bahan kecuali madu sehingga air tinggal lebih kurang 400 ml.

– Tapis dan biarkan suam sebelum menambah madu.

Minum pada waktu pagi dan petang selepas makan, 3 kali seminggu.

5. Serai, daun sirsak dan kayu manis (turunkan kolesterol & tekanan darah)

Kelebihan: Stabilkan tekanan darah, menurunkan paras kolesterol, serta melancarkan peredaran darah.

Bahan-bahan:

  • 2 batang serai
  • 5 helai daun sirsak (pilih yang tidak terlalu tua)
  • 1 batang kayu manis
  • 600ml air

Cara penyediaan:

– Rebus semua bahan sehingga air tinggal lebih kurang 400ml.

– Tapis dan minum ketika suam.

Minum satu gelas pada waktu pagi dan petang, 3–4 hari dalam seminggu. Tidak digalakkan untuk wanita hamil dan individu yang mempunyai tekanan darah rendah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Sakit Perut Tak Henti Sampai Cirit Lebih 10 Kali, Ternyata Ada ‘Lubang’ Besar Dekat Usus!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×