Euforia Bola 2026
Sihat

Cara Rebus Halia Untuk Buat Air Slimming, Kena Ikut Masa Ini, Baru Jadi Ubat Kurus Semula Jadi

AIR HALIA

Ramai yang tahu air halia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuk membantu membuang angin dan menghangatkan badan.

Namun, ada juga segelintir tidak menyedari bahawa cara mendidihkan halia juga memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanannya, terutamanya untuk membantu menurunkan berat badan.

Baca juga: Kaedah Rawat Asma Guna Cara Tradisional, Tok Guru Kongsi Petua Ikan Dalam Mulut Ikan

CARA BUAT AIR HALIA UNTUK KURUS, KENA IKUT WAKTU INI

AIR HALIA

Freepik

Menurut pakar pemakanan dan penyelidik makanan, Dr. Suri Roowi mendedahkan rahsia sebenar terletak pada tempoh mendidih air halia bagi menghasilkan bahan aktif dikenali sebagai zingerone, Sejenis sebatian semula jadi yang terbukti berfungsi sebagai agen anti-obesiti.

Jelasnya, proses untuk menghasilkan zingerone berlaku apabila halia dipanaskan dalam tempoh tertentu selepas air mula mendidih.

“Kalau nak dapatkan khasiat dipanggil bahan zingerone, bahan untuk jadi kurus dan anti obesiti, bila dah mula mendidih ambil masa lebih kurang dalam enam minit,” katanya.

Tambahnya lagi, halia perlu dididihkan selama enam hingga sepuluh minit sahaja selepas air mula mendidih sebelum api dimatikan. Jika direbus terlalu lama, bahan aktif itu akan berubah menjadi sebatian lain yang tidak memberikan kesan yang sama.

“Maknanya enam minit selepas mendidih, selepas itu baru angkat. Guna teknik ini baru bahan dalam halia akan betukar menjadi zingerone. Kalau lebih daripada itu, dia tukar jadi benda lain pula,” jelasnya.

AIR HALIA

Freepik

Dr. Suri turut menggalakkan agar minuman halia yang disediakan menggunakan kaedah ini diminum setiap pagi bagi membantu proses metabolisme badan dan pembakaran lemak.

Amalan ini bukan sahaja membantu mengawal berat badan, tetapi turut memberi kesan positif terhadap sistem pencernaan dan kesihatan keseluruhan tubuh.

“Cukup enam hingga sepuluh minit selepas mendidih, angkat dan sejukkan. Boleh minum dan amalkan setiap pagi agar impian jadi kurus tercapai,” ujarnya lagi.

Jadi, bagi anda yang sedang berusaha menurunkan berat badan secara semula jadi, mungkin sudah tiba masanya mengikut tips cara buat air halia ini.

Baca juga: Jangan Hanya Fikir Cantik, 8 Jenis Bunga Tangan Ini Boleh Buat Bakal Pengantin ‘Sakit’!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×