Musim cuti sekolah bakal tiba, inilah masa paling dinantikan oleh anak-anak! Apa kata tahun ini, ubah sedikit gaya percutian dan bawa mereka ke destinasi bak dunia kisah dongeng?
Bayangkan wajah ceria si kecil bila melangkah ke tempat yang penuh warna, magik dan keajaiban seperti dalam buku cerita sebelum tidur.
Baca juga: Langit Biru, Istana Emas & Hidup Aman, Selamat Datang Ke Luxembourg…Negara Paling Kaya Di Dunia!
9 LOKASI PERCUTIAN MACAM DALAM KISAH DONGENG BOLEH BAWA ANAK, JADI ‘PRINCESS’
Berikut beberapa destinasi fairy tale yang bukan saja menakjubkan, tapi juga sesuai untuk percutian keluarga yang takkan dilupakan:
1. Disneyland (Paris, Tokyo, Hong Kong, atau Shanghai)

Tiada yang lebih ikonik daripada Disneyland, tempat di mana watak kartun kegemaran anak-anak ‘hidup’ depan mata mereka. Dari istana Cinderella hingga pertunjukan bunga api malam, semuanya sarat dengan keajaiban.
Tip: Pilih Disneyland Paris jika mahu suasana klasik Eropah, atau Disneyland Tokyo untuk pengalaman moden dan mesra keluarga Asia.
2. Hallstatt, Austria

Foto: freepik
Dikelilingi gunung bersalji dan tasik biru jernih, Hallstatt seolah-olah keluar dari cerita animasi Frozen! Rumah-rumah kayu comel di tepi tasik menjadikan bandar kecil ini sempurna untuk berjalan santai dan bergambar keluarga.
Tip: Naik kereta kabel ke Hallstatt Skywalk untuk pemandangan fairy tale sebenar dari atas.
3. Rumah Santa Claus, Rovaniemi, Finland

Foto: freepik
Rasai magiknya Krismas sepanjang tahun di kampung asal Santa Claus! Anak-anak boleh menulis surat kepada Santa, bermain dengan rusa kutub dan melihat aurora borealis di langit malam.
Tip: Datang pada musim sejuk (Disember–Februari) untuk salji putih dan suasana paling “ajaib”.
4. Neuschwanstein Castle, Jerman

Inilah istana sebenar yang menjadi inspirasi kepada logo Disney! Terletak di Bavaria, Jerman, istana ini berdiri megah di atas bukit dengan pemandangan hutan dan lembah yang memukau.
Tip: Datang awal pagi untuk elak orang ramai dan nikmati pemandangan berkabus seperti dalam filem fantasi.
5. Colmar, Perancis

Foto: freepik
Bandar kecil ini digelar “The Little Venice of France”, dengan sungai kecil, rumah berwarna pastel dan jambatan berbunga. Setiap sudut Colmar sangat “Instagrammable” dan membuatkan anak-anak terasa macam watak dalam cerita dongeng Eropah.
6. Hobbiton, New Zealand

Foto: freepik
Bawa anak-anak melawat dunia “The Lord of The Rings”! Perkampungan Hobbiton di Matamata mengekalkan suasana asal dari penggambaran filem lengkap dengan rumah bulat, taman bunga dan jalan batu kecil yang comel.
7. Efteling Theme Park, Belanda

Taman tema ini direka berdasarkan kisah dongeng klasik seperti Sleeping Beauty dan Little Red Riding Hood. Ia lebih tenang dan artistik berbanding Disneyland, sesuai untuk keluarga yang mahu suasana lebih santai tetapi masih penuh keajaiban.
8. Shirakawa-go, Jepun

Foto: freepik
Perkampungan tradisional Jepun yang tertutup salji pada musim sejuk ini kelihatan seperti dunia fantasi. Rumah-rumah beratap jerami berbentuk A-frame di sini seperti rumah kecil peri dalam cerita rakyat Jepun.
9. Lucerne, Switzerland

Foto: freepik
Terletak di kaki gunung Alps, Lucerne menawarkan pemandangan tasik dan gunung yang luar biasa cantik. Anak-anak pasti teruja menaiki kereta api cogwheel ke Gunung Pilatus atau menyeberang jambatan kayu ikonik Kapellbrücke.
*Percutian fairy tale bukan sekadar tentang keindahan tempat, tapi tentang menghidupkan imaginasi anak-anak. Setiap lokasi membawa cerita, warna, dan pengalaman yang boleh mereka ingat sampai dewasa nanti. Jadi, tahun ini kalau ada bajet lebih, tinggalkan seketika rutin harian, dan bawa keluarga menyelami dunia ajaib sebenar di luar sana!
Sumber: Earth Trekkers
