Seorang murid lelaki cedera dipukul oleh dua pelajar Tahun 3 di sebuah sekolah rendah Seksyen 32, Shah Alam. Perkara ini turut dikongsikan oleh ibu mangsa di laman media sosialnya.
Si ibu mendakwa anak lelaki berusia tujuh tahun itu mengalami kecederaan akibat dipijak di bahagian perut, dada dan kaki berkali-kali sehingga keluar darah di bahagian hidung.
Baca juga: Murid Pendidikan Khas Meninggal Dunia Akibat Jangkitan Influenza A, Keluarga Turut Dijangkiti
MURID LELAKI CEDERA DIPUKUL DUA PELAJAR TAHUN 3

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Iqbal bin Ibrahim, insiden tersebut berlaku di kawasan kantin sekolah dan telah tular di media sosial sejak semalam.
“Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam telah menerima laporan daripada ibu mangsa pada 15 Oktober 2025 jam 9.51 malam. Laporan menyatakan anaknya telah dipukul semasa berada di kantin sekolah,” jelasnya.
Mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Polis turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian tersebut agar menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Nor Sabryna Binti Mohammad Taha di talian 014-513 0450.
Baca juga: Tabung Haji Umum Syarat Kesihatan Jemaah 1447H/2026M, Lulus Saringan Baru Boleh Pergi!
Sumber: Threads & Buletin RTM
