Bukan di luar negara, bukan juga dihasilkan oleh kecerdasan buatan, inilah realiti yang berlaku di tanah air sendiri. Terbaharu di SMK Bandar Utama Damansara 4, pihak sekolah kini mengambil langkah luar biasa dengan memperkenalkan pemeriksaan keselamatan menggunakan ‘metal detector’ kepada semua pelajar sebaik mereka tiba di kawasan sekolah.
Langkah ini diambil susulan kejadian menyayat hati yang meragut nyawa baru-baru ini, yang mencetuskan kebimbangan tentang tahap keselamatan pelajar dan warga sekolah.
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA GUNA PENGESAN KHAS UNTUK ‘CHECK’ BEG SEKOLAH

Foto: Threads
Dalam perkongsian gambar di laman Threads, pemeriksaan menggunakan pengesan logam ini bertujuan mengesan sebarang bahan berbahaya atau terlarang yang mungkin dibawa masuk oleh pelajar. Ini termasuklah senjata tajam, vape, atau peranti lain yang tidak dibenarkan.
Walaupun tindakan ini dilihat agak drastik dan sebelum ini lebih sinonim dengan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat yang sering berdepan isu ‘school shooting’, kini ia menjadi langkah realiti di Malaysia. Situasi ini merupakan tanda jelas bahawa aspek keselamatan pelajar tidak boleh lagi dipandang ringan.
“Sedih bila sampai tahap ini perlu dilakukan. Tapi demi keselamatan, kita tiada pilihan,” luah seorang ibu bapa yang turut terkejut dengan prosedur baharu itu.
“Pengetua kena jalinkan kerjasama dengan pihak polis untuk hadir setiap pagi dan setiap perhimpunan”, kata seorang netizen yang memberi pendapat.
Pihak sekolah berharap usaha ini dapat memupuk kesedaran dalam kalangan pelajar agar tidak membawa sebarang barangan terlarang dan dalam masa sama, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih selamat dan terkawal.

Foto: Threads
Langkah ini mungkin tampak tegas, namun ia adalah peringatan penting bahawa keselamatan pelajar kini menjadi keutamaan walau dengan apa cara sekalipun. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah!
Baca juga: Permohonan Pengawas Peperiksaan SPM 2025 Kini Dibuka, Bukan Cikgu Pun Boleh Mohon & Dapat Elaun!
Sumber: Threads
