Malaysia akan mewajibkan ada had umur media sosial dengan menggunakan proses pengesahan identiti secara elektronik atau eKYC untuk memastikan kanak-kanak di bawah usia 13 tahun tidak memiliki akaun sendiri.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, berkata inisiatif ini bertujuan melindungi keselamatan kanak-kanak dalam talian dan memastikan setiap platform benar-benar mematuhi garis panduan komuniti yang telah ditetapkan.
Baca juga: Lebih 10,000 Kes Perceraian Pasangan Islam Selangor, ‘Spark’ Hilang Kerana Kewangan…
MALAYSIA WAJIBKAN ADA HAD UMUR MEDIA SOSIAL

Freepik
“Bulan lalu, saya menghadap wakil platform media sosial dan menyatakan bahawa Malaysia akan mewajibkan setiap platform melaksanakan verifikasi identiti, khususnya untuk memastikan mereka yang di bawah 13 tahun tidak mempunyai akaun,” ujarnya.
Beliau menambah bahawa jadual pelaksanaan penuh akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum diumumkan secara rasmi.
Selain melindungi golongan muda, Fahmi berkata proses eKYC juga penting dalam usaha membasmi penipuan atas talian dan penyebaran kandungan yang membahayakan seperti iklan palsu atau kegiatan judi.
Program NOW yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dengan kerjasama MCMC bertujuan memperluas akses digital di kawasan luar bandar.
Selain menumpukan kepada isu keselamatan kanak-kanak di platform media sosial, Datuk Fahmi Fadzil turut menegaskan bahawa pelaksanaan sistem eKYC berperanan penting dalam menangani jenayah siber, khususnya penipuan dalam talian serta penyebaran kandungan yang tidak sah seperti aktiviti perjudian dan iklan palsu.

“Banyak penjenayah siber menyalahgunakan platform digital untuk menjalankan aktiviti penipuan. Dalam sesi Parlimen semalam, saya nyatakan bahawa sebanyak 78 peratus kandungan penipuan yang berjaya diturunkan dikesan berasal daripada Facebook, satu angka yang amat membimbangkan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut memaklumkan tentang pelaksanaan inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) menerusi program NADI on Wheels (NOW) yang dibangunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Usaha ini bertujuan untuk memperluas akses terhadap teknologi digital dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Baca juga: Pelajar Tik*m Senior Tiada Sejarah Gangguan Mental, Sempat Tulis Nota “Dunia Ini Palsu…”
Sumber: Berita Harian
