Euforia Bola 2026
Famili

Sertai Jom Heboh Fun Run 2025, Larian Santai Seisi Keluarga

Karnival paling happening, Jom Heboh, kini kembali.

Kali ni mereka bakal berada di Pulau Pinang selama 3 hari dan lebih menarik lagi sempena ulang tahun ke-22 pada tahun ini, pihak TV3 akan mengadakan Jom Heboh Fun Run 2025!

Acara larian santai ini bakal berlangsung di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pada 9 November 2025.

Bawa dimensi baharu dalam Jom Heboh

Menurut Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Eileen Lim, penganjuran Fun Run sejauh lima kilometer ini menjadi simbol gaya hidup sihat dan semangat kekeluargaan yang telah lama menjadi jiwa utama Jom Heboh.

“Selepas 22 tahun, kami mahu membawa dimensi baharu kepada Jom Heboh. Inilah masa sesuai untuk memperkenalkan elemen gaya hidup sihat melalui Fun Run yang sesuai untuk semua peringkat umur,” katanya.

Menariknya, ini bukan larian kompetitif, jadi tak perlu risau soal siapa paling laju. Yang penting, datang dengan semangat ceria dan nikmati momen riuh bersama keluarga serta rakan-rakan!

Lari bersama selebriti!

Apa yang buat Jom Heboh Fun Run ini lain daripada yang lain, peserta berpeluang berlari bersama personaliti popular seperti pengacara Wanita Hari Ini, Malaysia Hari Ini, pembaca berita Buletin Utama dan penyampai radio Hot FM serta Kool FM!

Bayangkan betapa seronoknya bila boleh selfie sambil lari bersama selebriti kesayangan anda, tak ke best tu? Pengalaman manis yang anda tak kan dapat di tempat lain tau.

Hadiah menarik & barangan eksklusif menanti peserta

Setiap peserta akan menerima baju-T rasmi, beg, bib nombor dan berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik melalui cabutan bertuah.

Bagi anda yang daftar awal, ada diskaun istimewa termasuk pakej keluarga bernilai RM120 untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak. Berbaloi kan?

Apa lagi yang anda tunggu? Jangan lepaskan peluang untuk mendaftar sekarang.

Tempat adalah terhad. Daftar segera di laman berikut untuk pelbagai tawaran istimewa:-

Raikan gaya hidup sihat sambil bergembira di Jom Heboh Fun Run 2025 dan jangan lupa untuk bawa keluarga dan ajak rakan-rakan bersama-sama memeriahkan Karnival Jom Heboh, Penang pada 7 November 2025 dan 8 November 2025.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×