Euforia Bola 2026
Asuh

Ibu Ayah Pening Anak Dah Masuk ‘Terrible Two’, Fahami Apa Sikap Yang Normal & Patut Risau!

terrible two

Setiap ibu bapa pasti pernah mendengar istilah ‘Terrible Two’, iaitu fasa di mana anak berumur sekitar dua tahun mula menunjukkan sikap degil, suka menjerit dan cepat marah. Ramai yang keliru, adakah ini tanda anak bermasalah atau sebenarnya perkembangan normal?

Baca juga: Sampai Bila Mak Ayah Nak Tanggung? Ini Waktu Bila Patut Berhenti ‘Support’ Anak Dah Kerja

APA YANG NORMAL ANAK DI FASA TERRIBLE TWO

terrible two

Gambar hiasan iStock/szefei.

Jawapannya, kebanyakan tingkah laku ini adalah normal dan sebahagian daripada proses tumbesaran anak kecil.

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), fasa Terrible Two berlaku apabila kanak-kanak mula belajar berdikari, memahami emosi sendiri dan mahu membuat keputusan sendiri walaupun sering kali tanpa logik yang orang dewasa fahami.

Anak yang dulunya menurut, kini mula menolak arahan, menangis bila dilarang atau enggan berkongsi mainan. Ia bukan tanda nakal, tetapi cara mereka menguji had kawalan diri dan reaksi ibu bapa.

Waspada pada tingkah laku yang keterlaluan dalam fasa ‘Terrible Two’

Namun begitu, tidak semua tingkah laku perlu dianggap “biasa” kerana ibu bapa perlu berwaspada jika anak menunjukkan tanda keterlaluan seperti:

  • Menjerit atau mengamuk lebih 30 minit tanpa henti
  • Menyakiti diri atau orang lain
  • Tidak mampu berkomunikasi langsung
  • Langsung tiada interaksi sosial

Di mana, ia boleh menjadi isyarat kepada masalah perkembangan yang memerlukan penilaian pakar.

Baca juga: Anak Kaca (Glass Child Syndrome) – Bila Anak Rasa Tak Wujud Bila Semua Perhatian Pada Adik-Beradik Lain

Langkah bijak boleh diaplikasikan oleh ibu bapa

Untuk menguruskan fasa Terrible Two dengan bijak, pakar mencadangkan beberapa langkah mudah:

  1. Kekalkan rutin harian supaya anak rasa selamat dan tahu apa yang dijangka.
  2. Berikan pilihan kecil (contoh: “Nak pakai baju biru atau kuning?”) untuk membantu anak rasa dia ada kawalan.
  3. Tunjukkan empati, jangan terus marah dengan bantu anak kenal emosi mereka.
  4. Elakkan ugutan berlebihan, gantikan dengan penerangan mudah tentang akibat sesuatu tindakan.

Fasa ini mungkin meletihkan, tetapi menurut kajian Child Mind Institute (2023), ia adalah tempoh penting untuk membentuk kawalan emosi dan keyakinan diri anak.

Dengan kesabaran dan pendekatan konsisten, “drama kecil” ini akan beransur reda dengan meninggalkan anak yang lebih matang dan ibu bapa yang lebih memahami.

Baca juga: Ramai Ibu Bapa Risau Siapa Patut Jaga Anak OKU Mereka Jika Meninggal Dunia, 5 Pilihan Ini Anda Perlu Tahu!

Sumber: Healthline / Child Mine Institute

FT Image: Trevor Williams

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×