Euforia Bola 2026
Nur

Tular Wanita Baca Doa Nabi Yunus Pada Bekas Suami Ketika Azan, Ini 4 Doa Lain Untuk Orang Dizalimi

doa orang dizalimi

Doa orang dizalimi mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah SWT. Dalam Islam, doa mereka yang teraniaya dijanjikan tidak akan terhijab atau ditolak oleh-Nya.

Itulah sebabnya setiap insan yang diuji dengan kezaliman diseru agar kembali kepada Allah dan berdoa dengan penuh keyakinan.

Baca juga: Hukum Bayar Mas Kahwin Secara Hutang, Isteri Boleh Tolak Hubungan Kelamin?

4 DOA ORANG DIZALIMI

doa orang dizalimi

Gambar tangkap layar seorang wanita membacakan doa Nabi Yunus dan melafazkan ayat sumpah ketika laungan azan buat ramai meremang.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita membaca doa Nabi Yunus ketika dirinya dikhianati dan dianiaya bekas suami. Lafaz doa yang diucapkan dengan penuh sebak itu benar-benar menyentuh hati warganet dan menjadi peringatan bahawa doa mereka yang dizalimi amat mustajab di sisi Allah.

Berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadis, Rasulullah SAW sendiri menegaskan bahawa tiada penghalang antara doa orang dizalimi dengan Allah. Dalam sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Baginda berpesan kepada Mu’az bin Jabal R.A ketika diutuskan ke Yaman:

“Berhati-hatilah dengan doa orang yang dizalimi, kerana tiada penghalang antara doa itu dengan Allah SWT.” (Riwayat al-Bukhari, 2448)

Antara doa yang sering diamalkan ketika menghadapi kesusahan dan kezaliman ialah Doa Nabi Yunus A.S, yang dirakam dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 87:

“Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”

Doa ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika berada dalam perut ikan nun. Dengan izin Allah, Baginda akhirnya diselamatkan daripada kesempitan itu, menjadi bukti bahawa doa orang yang benar-benar memohon pertolongan tidak akan disia-siakan.

Baca juga: Ramai Bela Burung Sebab Hobi, Tapi Betul Ke Dosa Kalau Tak Lepaskan Terbang? UAI ‘Settlekan’ Isu Ini

doa orang dizalimi

Gambar hiasan pexels.

Selain doa Nabi Yunus, terdapat juga beberapa doa lain yang termaktub dalam al-Quran sebagai panduan buat mereka yang sedang diuji atau dizalimi:

1. Doa bagi mereka yang dizalimi dan sedang berduka

“Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?” (Surah An-Naml, ayat 62)

2. Doa Nabi Musa ketika melarikan diri daripada Firaun

“Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dari kaum yang zalim. Mudah-mudahan Tuhanku menunjukkan jalan yang benar kepadaku.” (Surah Al-Qasas, ayat 21-22)

3. Doa Nabi Nuh ketika berdepan penentangan kaumnya

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu daripada memohon sesuatu yang aku tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; dan jika Engkau tidak mengampunkan dosaku, dan memberi rahmat kepadaku, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang rugi” (Surah Hud, ayat 47)

Sesungguhnya, Allah telah berjanji untuk menolong orang yang dizalimi, malah doa mereka tergolong dalam tiga jenis doa yang tidak akan ditolak oleh-Nya.

Namun begitu, para ulama mengingatkan agar doa tersebut bukanlah untuk menjatuhkan atau mendoakan kebinasaan orang lain. Sebaliknya, mohonlah keadilan, ketenangan, kekuatan, dan petunjuk daripada Allah SWT agar hati kekal tenang meskipun diuji.

Kerana dalam setiap kesakitan dan kezaliman yang dirasakan, doa yang tuluslah menjadi senjata paling kuat seorang mukmin.

Baca juga: Hukum Lelaki Mati Pucuk Berkahwin, Bimbang Tak Dapat Penuhi Keperluan Batin Isteri

Sumber: MStar

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×