Euforia Bola 2026
Dapur

Pelanggan Kecam Beli ‘Candy Grape’ Kelantan, Dalam Iklan Terliur Habis Tapi Realiti Macam Kedondong!

peniaga makanan menipu

Seorang peniaga makanan menipu pelanggan apabila dia menggunakan gambar produk milik orang lain untuk tujuan promosi, namun produk sebenar yang diterima pelanggan jauh berbeza daripada yang diiklankan.

Dia menjual manisan ‘candy grape’ yang kelihatan menarik dalam gambar seolah-olah berkualiti premium namun apabila sampai ke tangan pembeli, ramai mendakwa makanan itu langsung tidak menepati jangkaan.

Baca juga: Perbelanjaan Rakyat Malaysia Meningkat Pada 2024, Tak Sangka Cecah RM5,566 Sebulan…

PENIAGA MAKANAN MENIPU GUNA GAMBAR ORANG LAIN JUAL CANDY GRAPE

PENIAGA MAKANAN MENIPU

Pendedahan ini mula tersebar menerusi beberapa hantaran yang dikongsikan di platform Threads, di mana pengguna menceritakan pengalaman masing-masing berasa tertipu selepas menerima candy grape yang kelihatan jauh berbeza, baik dari segi rupa mahupun kualiti.

Difahamkan, pemilik asal gambar yang digunakan tanpa kebenaran pernah menegur tindakan penjual tersebut, namun teguran itu tidak diambil serius dan penjual tersebut dikatakan bersikap acuh tidak acuh terhadap isu tersebut.

Lebih mengecewakan, ruangan komen turut dibanjiri luahan pelanggan lain yang mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa. Ada yang menyifatkan manisan tersebut sebagai keras, masam dan tidak menepati jangkaan dengan harga yang dikenakan.

“Dalam gambar nampak sangat menyelerakan. Tapi realitinya sangat menghampakan. Dah macam kedondong celup asam jawa,” luah pengguna media sosial.

PENIAGA MAKANAN MENIPU

Walaupun identiti penjual masih belum disahkan secara rasmi, insiden ini telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Ramai yang menekankan pentingnya ketelusan dalam urusan jual beli atas talian serta menegur taktik promosi yang dianggap menipu pelanggan.

Isu ini sekali lagi membuka mata orang ramai tentang betapa pentingnya etika perniagaan, terutama dalam era media sosial yang mudah mempengaruhi keputusan pembelian pengguna.

Pembeli kini semakin bijak, dan sebarang penipuan visual atau janji palsu mudah sahaja dikesan dan dibongkar oleh komuniti dalam talian.

Baca juga: Nurse ‘Mental’ Kena Jaga Pesakit Berat Badan 140KG, “Nak Pusing Tukarkan Lampin Pun Susah…”

Sumber: Threads

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×