Euforia Bola 2026
Didik

TV TUISYEN Revolusi Pembelajaran Digital Kini Dilancarkan Di Tonton! “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!”

TV Tuisyen

TV Tuisyen kini membuka lembaran baharu dalam dunia pendidikan digital Malaysia apabila dilancarkan secara rasmi di platform penstriman nombor satu negara, Tonton.

Inisiatif ini bukan sekadar program tuisyen dalam talian biasa, tetapi sebuah revolusi pendidikan yang bertujuan memperkasakan pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 agar lebih yakin, fokus dan bersedia menghadapi peperiksaan dengan cemerlang.

Baca juga: Drama ‘Me.N.U’ Bawa Dunia Kulinari Ke Skrin, Misi Kejar Cinta & Impian Di Dapur Meski Ditentang Keluarga!

TV TUISYEN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI TONTON

TV Tuisyen

TV Tuisyen direka untuk mengisi jurang pembelajaran dalam talian dengan pendekatan berstruktur, menyeronokkan, berkualiti dan mampu milik. Pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran di mana-mana dan bila-bila masa, sesuai dengan gaya hidup digital mereka.

Kandungan berkualiti selaras KSSM

TV Tuisyen menawarkan 13 subjek utama di bawah Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah, Geografi, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Ekonomi.

Setiap video pembelajaran dilengkapi nota ringkas, latihan soalan dan kuiz interaktif bagi membantu pelajar memahami topik dengan lebih baik. Kandungan dihasilkan oleh tenaga pengajar berpengalaman untuk menjadikan topik kompleks lebih mudah dan menarik.

Belajar seronok dan interaktif

TV Tuisyen menggabungkan pendidikan dan hiburan, menjadikan pembelajaran lebih hidup. Video disampaikan dengan grafik interaktif dan tenaga pengajar yang berpengalaman, termasuk guru selebriti seperti Fendy Bakry, Shah Iskandar, Raja Afiq, Elisya Sandha, Alvin Chong, Adam Lee, Zara Zya, Juliana Evans, Wafariena, dan ramai lagi.

Mampu milik dan mudah diakses

Dengan langganan bermula RM9.90 sebulan, pelajar boleh menikmati akses tanpa had kepada semua kandungan TV Tuisyen. Pilihan pakej lain termasuk 3 bulan pada RM29.70 dan 12 bulan pada RM118.80, sesuai untuk keluarga.

Menariknya, semua langganan ini memberikan akses tanpa had kepada keseluruhan perpustakaan kandungan TV Tuisyen. Malah, kandungan boleh diakses melalui telefon pintar, tablet, komputer riba dan TV pintar, selagi pelbagai peranti ini menyokong platform Tonton.

TV Tuisyen

Manfaat untuk semua

TV Tuisyen memberi manfaat kepada semua:

  • Pelajar dapat ulang kaji berstruktur dan persediaan peperiksaan lebih mantap.
  • Ibu bapa boleh memantau pembelajaran anak dengan lebih tenang.
  • Guru boleh gunakan kandungan sebagai sokongan pengajaran untuk bilik darjah.

Dengan pendekatan ini, TV Tuisyen bukan sekadar platform digital. Ia satu gerakan pendidikan yang memudahkan ilmu diakses, menyeronokkan, dan relevan dengan dunia digital masa kini.

Langgan dan nikmati promosi

Pengguna hanya perlu mendaftar akaun di Tonton, melanggan pelan TV Tuisyen, dan terus belajar. Sebarang pertanyaan boleh dihantar ke [email protected] atau berbual dengan ejen di tinyurl.com/Tonton-Squad.

TV Tuisyen di Tonton – “Belajar di Tonton, Bijak Sampai Lulus!”

Baca juga: XTRA Kembali Dengan XTRA XSTAR 2025, Buka Pentas Digital Bakat Nyanyian Baharu Bergelar Artis Rakaman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×