Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Bekas Suami Diterjah Di Lokasi Nikah Sebab Tertunggak Iddah & Nafkah Anak, Disumpah Ketika Laungan Azan!

bekas suami enggan bekerjasama

Dek kerana bekas suami enggan bekerjasama hadir ke Mahkamah Syariah bagi menyelesaikan urusan tunggakan hutang, seorang wanita bernama Nurin Alisa terpaksa ‘turun padang’ menuntut haknya yang tertangguh sekian lama. Kemelut ini menyebabkan keperitan yang dilalui Nurin  menjadi perhatian umum di media sosial.

Sejak tahun lalu, ibu tunggal beranak dua itu terpaksa berulang-alik ke Mahkamah Syariah demi menyelesaikan tuntutan melibatkan hutang iddah dan nafkah anak-anak. Namun usahanya sering terbantut kerana bekas suami tidak pernah hadir seperti diarahkan.

Baca juga: Suami Diserang Strok Lepas Kantoi Curang, Kini Anak & Isteri Yang Kecewa Kembali Menguruskannya!

BEKAS SUAMI ENGGAN BEKERJASAMA DITERJAH DI LOKASI NIKAH

bekas suami enggan bekerjasama

Dalam perkongsiannya di media sosial, Nurin mendedahkan bahawa majlis pernikahan lelaki berkenaan bersama bakal isteri baru sepatutnya diadakan pada 11 haribulan. Namun dipercayai kerana bimbang perkara itu diketahui umum, tarikh pernikahan tersebut telah diawalkan seminggu lebih awal tanpa pengetahuan ramai.

Berasa teraniaya dan kecewa dengan sikap bekas suami yang seolah-olah lepas tangan, Nurin akhirnya nekad hadir sendiri ke majlis akad nikah yang berlangsung di sebuah masjid.

“Tengah azan ni aku bersumpah…” Nurin

@bullisa

Replying to @cloud9 DONE TERJAH MAJLIS KAHWIN DEDUA EKOR NI. ALLAH ADA!!!! KAU TETIBA KAHWIN, ALLAH ADA HANTAR ORG UTK BISIK KT AKU.

♬ suara asli – ruuun67 – .

Wanita itu dilihat hadir bersama anak keduanya, yang dikatakan tidak pernah mengenali kasih seorang ayah. Tangan kirinya menggenggam erat beberapa helaian dokumen rasmi mahkamah yang merupakan bukti tuntutan yang masih belum diselesaikan.

Dalam suasana pilu dan emosi yang bercampur baur, Nurin dilihat melafazkan sumpah dengan suara bergetar sambil menahan sebak. Dia berdoa agar segala kezaliman yang dilakukan terhadap dirinya dan anak-anak mendapat pembalasan setimpal.

Anak keduanya tak pernah berpeluang panggil “Daddy”

Momen menyayat hati turut dirakam apabila seorang kanak-kanak perempuan, dipercayai anak kepada isteri baharu bekas suami, menegur Nurin dan anaknya di hadapan pintu masjid.

Ketika itu, anak kecil Nurin yang tidak pernah berpeluang memanggil ayahnya “Daddy” hanya memerhati tanpa berkata apa-apa, menambahkan lagi kesedihan suasana.

@bullisa

Replying to @bungaa🍉 JGN DOA BUKAN2 KAT BUDAK NI YE. DOAKAN SEMOGA KEMENANGAN HADHANAH BERPIHAK KPD BAPANYA SAHAJA. MAK DIA BAWA LARI. AKU DAN BEKAS LAKI DIA CARI MEREKA BERDUA NI 2 TAHUN DAH SMPAILAH KAD KAHWIN TERSEBAR KT AKU.

♬ original sound – Nurin Alisa – Nurin Alisa

Walaupun insiden itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya, ramai yang menyuarakan sokongan terhadap keberanian Nurin menuntut haknya secara sah di sisi undang-undang. Ramai juga berharap agar isu nafkah dan tanggungjawab terhadap anak-anak dapat diselesaikan segera, tanpa mengheret emosi atau maruah mana-mana pihak.

Baca juga: Isteri Baru Habis Rawatan Barah, Terjumpa Suami Doktor Kantoi Skandal Dengan Gadis Umur 22 Tahun!

Sumber: TikTok @bullisa

FT Image: TikTok @bullisa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×