Euforia Bola 2026
Asuh

Sampai Bila Mak Ayah Nak Tanggung? Ini Waktu Bila Patut Berhenti ‘Support’ Anak Dah Kerja

support anak

Bila sebenarnya ibu bapa patut berhenti support anak yang dah mula bekerja? Soalan ini nampak mudah, tapi ramai mak ayah sebenarnya serba salah bila sampai ke bab ini.

Anak Dah Bekerja Tapi Masih Minta Duit, Mak Ayah Ini Panduan Waktu Patut Berhenti ‘Support’ Mereka!

Nak terus bantu, takut anak jadi terlalu bergantung. Tapi kalau berhenti terus, bimbang pula anak terasa atau belum cukup stabil.

Baca juga: Ramai Ibu Bapa Risau Siapa Patut Jaga Anak OKU Mereka Jika Meninggal Dunia, 5 Pilihan Ini Anda Perlu Tahu!

WAKTU BERHENTI SUPPORT ANAK DAH BEKERJA

support anak

Gambar: Rafiq Hidayat Mohd Ramli

Menurut perkongsian oleh Rafiq Hidayat Mohd Ramli di Facebook, setiap keluarga perlu melihat situasi ini berdasarkan niat dan keadaan sebenar.

1. Anak baru mula bekerja

Jika anak baru mula bekerja mungkin baru sebulan dua, masih menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja atau baru berpindah tempat, bantuan kecil daripada ibu bapa boleh jadi sokongan moral yang besar.

Ia bukan soal duit semata-mata, tapi tanda bahawa ibu bapa masih percaya dan menyokong proses anak menuju kedewasaan.

2. Anak sudah bekerja beberapa bulan

Namun, bila anak sudah bekerja beberapa bulan, sudah ada gaji tetap dan mula meminta duit untuk kehendak, contohnya nak beli telefon baru, bercuti atau keluar makan dengan kawan, itu masa terbaik untuk perlahan-lahan ajar nilai berdikari.

Bukan kerana kedekut tapi sebab jika terlalu dimanjakan, anak mungkin tak belajar beza antara “nak” dan “perlu”.

Baca juga: Anak Kaca (Glass Child Syndrome) – Bila Anak Rasa Tak Wujud Bila Semua Perhatian Pada Adik-Beradik Lain

3. Anak yang tinggal di rumah ibu bapa

Rafiq turut mengingatkan, ramai ibu bapa terlupa bahawa bila anak masih tinggal di rumah, itu sendiri sudah satu bentuk bantuan besar. Tak perlu bayar sewa, bil elektrik air atau barang dapur, semuanya menjimatkan banyak.

Waktu inilah anak sepatutnya ambil peluang untuk bina tabung simpanan, sama ada untuk kahwin, beli kereta atau buat dana kecemasan.

Kalau ibu bapa masih mahu memberi juga, tak salah tapi niatnya perlu jelas. Biar anak tahu itu bukan kewajipan, tetapi tanda penghargaan. Misalnya, “ayah bagi sebab bangga kamu dah mula kerja, bukan sebab kamu perlukan duit ini.”

Akhirnya, belajar berdikari bukan bermaksud kena tinggal sendiri, tapi belajar urus tanggungjawab sendiri, walaupun masih tinggal di bawah bumbung yang sama.

Baca juga: Baru Usia 3 Tahun Tapi Bercakap Lancar Macam Orang Dewasa, Ibu Ini Kongsi 10 Tips Didikannya Anak Cepat Bertutur

Sumber: Rafiq Hidayat Mohd Ramli

FT Image: Google

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×