Euforia Bola 2026
Famili

KPM Umum Cuti Tambahan Deepavali 2025, Warga Sekolah Nikmati ‘Pesta Cahaya’ Selama Lima Hari!

cuti deepavali 2025

Berita gembira buat semua pelajar dan guru di seluruh negara! Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru sahaja mengumumkan tambahan cuti Deepavali 2025, yang jatuh pada Isnin, 20 Oktober 2025.

Menerusi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan ini diberikan bagi memberi ruang kepada warga sekolah yang meraikan Pesta Cahaya untuk menyambutnya bersama keluarga tersayang. Pengumuman ini melibatkan semua sekolah di Malaysia kecuali Sarawak.

Baca juga: Umur Baru 7 Tahun, Budak Genius Ini Dah Mula Belajar Kimia Di Universiti Terkemuka Singapura!

JADUAL TAMBAHAN CUTI DEEPAVALI 2025, LIMA HARI!

cuti deepavali 2025

Foto: freepik

1. Kumpulan A

Sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bercuti pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa).

2. Kumpulan B

Sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan bercuti pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu).

3. Sarawak (Kumpulan B)

Sekolah di negeri tersebut diberikan cuti sehari sahaja, iaitu pada 20 Oktober (Isnin).

Dengan cuti tambahan ini, warga sekolah bakal menikmati lima hari cuti berturut-turut, bermula dari hujung minggu hingga pertengahan minggu berikutnya. Ia pastinya memberi peluang kepada ramai untuk pulang ke kampung, menziarahi sahabat handai, atau sekadar meluangkan masa berehat bersama keluarga selepas sesi persekolahan yang padat.

cuti deepavali 2025

Foto hiasan.

Untuk pengetahuan anda, bagi masyarakat beragama Hindu, Deepavali atau Diwali merupakan perayaan yang penuh makna. Ia disambut bukan sekadar sebagai tradisi kebudayaan, tetapi juga sebagai simbol kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, dan pengetahuan mengatasi kejahilan.

Baca juga: Rahsia Genggam 9A UPKK 2025, Ustazah Bonda Kongsi Strategi Murid Tahun 5 Boleh Mula Sekarang!

Sumber: Foto AWANI, Sinar Bestari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×